Rasanya belum terlambat untuk gua kongsikan info ni. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu dengan bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan bajet lepas. Pengumuman bahawa isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak untuk menerima bantuan kerajaan berjumlah RM500. Untuk mendapatkan wang tunai tersebut rakyat Malaysia yang berkelayakan haruslah mengisi borang yang boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). atau Muat Turun disini:
Lampiran 1 & Lampiran 2 .
Borang tersebut hendaklah diisi lengkap dan disertakan dengan salinan-salinan dokumen sokongan. Kelayakan bagi pemohon adalah merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.
Bercerita tentang bantuan wang tunai ni, selepas diumumkan ramai yang tertanya-tanya di mana hendak mendapatkan duit ini. Maklumlah, kita ni bila dapat duit percuma memanglah suka. Dekat mana-mana pun ramai yang bertanya cara untuk mendapatkan duit tu. Malahan, ada yang tak layak pun bercita-cita nak memohonnya. Si Osman kemungkinan besar tidak memohonnya. Bukan sebab banyak duit tapi dari segi kelayakannya tidak cukup iaitu mereka yang mempunyai tanggungan. Tak mengapalah, lagipun biarlah merekayang lebih layak menerimanya. Untuk pengetahuan juga, penerima bantuan JKM E-Kasih automatik layak menerima (BR1M). jngan jeles ye.
Apapun kepada rakyat Malaysia yang layak, jangan lepaskan peluang ini. Ambillah peluang ini untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan walaupun apa jua ideologi dan fahaman politik yang anda pilih… Sekurang-kurangnya dapat meringankan sikit beban keluarga dalam menjalani kehidupan yang kian mencabar ini. hmmmmm...memang mencabar
No comments:
Post a Comment