Iklan Teks
Ingin tukar pekerjaan? Peluang masih ada. Kemaskini resume anda hari ini KLIK SINI!!
::::
Advertise [RM10] Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Masih Ada KekosonganAdvertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Sunday, December 25, 2011
Boleh Ke Islam Sambut Perayaan Hari Krismas ?
Malaysia, terkenal dengan rakyat yang berbilang kaum, yang hidup aman dan harmoni. Antaranya tiga kaum utama di malaysia iaitu melayu, india, dan cina. Begitu juga dengan kepercayaan agama seperti islam, budha, hindu, kristian dll.
Perayaan Hari Krismas atau juga lebih popular sebagai hari Natal disambut pada 25 Disember setiap tahun. Ni gua memang kompius, sebab ada juga negara yang sambut pada 7 januari. Hmm..kenapa yer. Mgkin negara yang mengalami 4 musim. seperti Australia. Perayaan krismas disambut oleh penganut agama kristian sempena hari kelahiran anak tuhan Jesus (menurut kepercayaan orang kristian). hahaa..budak sekolah pun tau ni. Ada juga penganut agama lain menyambutnya dengan cara sengaja dan dengan cara tidak sengaja. Bagaimana perayaan ini disambut?...Perayaan ini disambut dengan menghias pokok, lampu hiasan, memberi hadiah dan lakonan semula kelahiran jesus.(Anunciation)
Hari ini gua nak jadi ustad sekejap boleh?. Boleh ke umat islam sambut krismas? Mengikut sumber sumber yang boleh dipercayai di internet :-
Sumber dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
1) Apa jua amalan atau perlakuan orang islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ianya ditegah oleh islam. (HARAM)
2) Sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hannya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara umat islam dan dengan bukan islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh islam
3) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan kad ucapan, sms, email dll kepada orang bukan islam yang menyambut perayaan krismas atau perayaan selain perayaan agama islam adalah harus. Tetapi dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.
Sumber dari cheqppjoy
Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:
1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.
2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.
3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.
Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”). Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.
hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)
Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,
“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)
Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.
Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:
“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)
Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah
Sumber Dari You Tube
korang renung-renungkan lah yer...Santai!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment