Saturday, December 24, 2011

Lagak Si Tomboy

Wah,,,malam ni lepas balik kerja gua rasa gian nak menaip pulak. Tak mengapa tidur lambat pun. Walaupun badan letih, janji dapat siapkan satu artikel untuk blog ni. Korang nampak tak tajuk kat atas tu, haa, itu lah tajuk yang akan di post sebentar lagi. menarik ke tak agaknya tu?.Kawan gua di Uitm Shah Alam la yang bagi cadangan tentang tajuk ini. Mgkin dia dapat ilham selepas menonton filem Aku Bukan Tomboy dekat You Tube. atau mungkin dulu dia pernah menjadi seorang tomboy agaknya. Haha..gurau je la.

Ok, bila terdengar perkataan tomboy, Otak korang secara automatik terus mengatakan ianya satu perkara negatif. Kenapa mereka digelar tomboy?.......Mungkin mereka tidak menggayakan busana seperti perempuan atau gadis-gadis biasa dan juga sikap nya yang bersifat seperti laki-laki. cmana tu? x berapa jelas..Nak tahu ciri-ciri seorang Tomboy?.search sendiri dalam Google. Hehhee..

Gambar sekadar hiasan jer tau!!

Ciri Ciri seorang Tomboy: 

Ciri-ciri yang paling ketara bagi seorang tomboy ialah mereka suka bermain permainan yang biasanya dimainkan oleh orang lelaki. Mereka juga suka melakukan aktiviti  lasak yang selalunya dimonopoli oleh orang lelaki.(x leh cari makan la orang lelaki lepas ni). Bersukan kat dapur je la nampaknya.

Begitu juga semasa belajar di sekolah atau kolej, Seorang tomboy lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding wanita. Penampilan atau perwatakan mereka pula agak lebih maskulin berbanding perempuan normal.Ops!!..jadi Tomboy ni tak normal?.siapa cakap ni wei? Gua la yang cakap.hehee.jangan marah yer.

Kalau korang pernah berkawan dengan tomboy, mesti korang perasan kelakuan mereka yang agak kasar dan bersahaja seperti lelaki. Begitu juga dengan cara percakapan yang hampir sama dengan lelaki. (Ganas) Tapi suara memang tak dapat tiru la, lelaki ader apa yang perempuan tiada dalam leher..iaitu halkum.hehee..

Cukup la sampai sini ye, tak baik mengumpat..hehe.. kalau korang rajin sila lah komen yer tentang penulisan gua yang tak seberapa ni. Dah tengok filem Aku Bukan Tomboy ke belum ni? - Santaiii

No comments: