Tahun baru 2012 bakal menjelma, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan teknologi, pembangunan infranstruktur dan taraf hidup kita termasuk la saya yang x hansdome ni. Begitu juga dengan reka bentuk wang kertas yang kita gunakan pada hari ini, akan di gantikan dengan reka bentuk yang baru yang mungkin dapat kita gunakan pada tahun 2012 kelak.Harap-harap kualitinya tak macam wang kertas Rm5 sekarang. Asyik koyak je..betul tak?..hadoiii
Semasa majlis pelancaran wang kertas terbaru ini, wang kertas Rm20 telah ditampilkan semula setelah sekian lama menyepikan diri untuk kita gunakan semula. Dahulu ,wang kertas Rm 20 adalah berwarna koko dan wang kertasRm 20 baru ini dikeluarkan dalam warna kuning keemasan (oren) dan memaparkan gambar dua ekor penyu yang sedang berenang kegembiraan bersama iaitu penyu karah dan belimbing.

Baiklah, untuk pengetahuan dan pengamatan korang semua, Harap korang bersabar, wang baru ini hanya akan mula diedarkan kepada orang ramai pada pertengahan tahun hadapan pada julai 2012,dengan secara umumnya. Begitu juga dengan wang syiling yang telah dinaiktaraf menjadi lebih menarik dan tahan lasak akan diedarkan awal januari depan. Sekian terima kasih..santai jer!!