Pemain bola sepak Kelantan, Mohd Daudsu Jamaluddin terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran lapangan terbang Sultan Ismail Petra, di Kota Bharu, menyebabkan dia bersama isteri dan anaknya berusia 18 bulan mengalami kecederaan. Dalam kejadian jam 8.30 malam kelmarin, kereta Mitsubishi Lancer dipandu Mohd Daudsu, 26, bersama isterinya, Nursyahmina Rafudian, 26, dan anaknya, Nik Dhiya Quistinya, melanggar sebuah motosikal yang tersadai di tengah jalan, manakala penunggangnya terbaring di sisi kenderaannya itu.
“Saya terkejut selepas melalui selekoh di depan kem tentera, saya melihat seorang lelaki terbaring atas jalan raya. Saya cuba mengelak merempuhnya tetapi terlanggar motosikalnya.
Mangsa, Mohd Salleh Mohamed, 60-an, mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ11), manakala Mohd Daudsu dan keluarganya hanya mengalami kecederaan ringan.
No comments:
Post a Comment