Tuesday, April 17, 2012

Harga Proton Preve Terbaru



Hari ini, 17/04/2012  Proton Prevé dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa (MIECC), Seri Kembangan.


Nama Prevé diambil daripada perkataan Inggeris, Proof (bukti) membawa mesej bahawa kereta itu adalah bukti kepada visi dan komitmen Proton yang berterusan seiring dengan hasrat untuk membawa jenama itu ke peringkat global.

Dengan berkonsepkan sedan keluarga yang elegan dan selesa, Prevé disasarkan untuk pengguna yang sudah berkahwin berusia di antara 20 hingga lewat 40 tahun serta untuk mereka yang ingin memiliki kereta tambahan.

Prevé menggunakan sehingga 94 peratus komponen yang dikeluarkan oleh pengedar tempatan, sekali gus menjadikan model pertama Proton bertaraf lima bintang menerusi Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP). 

Prevé didatangkan dengan 3 varian - 1.6 CVT Premium; 1.6 Executive CVT; 1.6 Executive 5-kelajuan (manual).

 Harganya seperti di bawah:

 RM72,990 untuk Premium (CFE dengan ProTronic), RM62,990 untuk Executive (IAFM+ dengan CVT) dan RM59,990 untuk Executive (IAFM+ dengan manual). Jaminan 5 tahun atau 150,000km perjalanan

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk