Monday, July 2, 2012

Kenapa Cahaya Lampu Jalan Bewarna Kuning ?


Jika anda sering menggunakan jalan raya di waktu malam pasti anda akan perasan hakikat ini. Kebanyakkan lampu di jalan jalan utama adalah berwarna kuning kemerahan. Kenapa? Kenapa tak warna putih? Lebih jelas kan? Kenapa tak warna hijau atau biru? Kenapa?
jawapan nya.
Jawapan: Jenis lampu jalan yang sering digunakan adalah lampu sodium bertekanan rendah (low pressure sodium). Lampu ini sangat jimat tenaga berbanding lampu jenis lain (seperti lampu kalimantang, lampu pijar, metal halide, dll). Malah ia juga mempunyaijangkahayat yang panjang iaitu sehingga 20,000 jam. Penggunaan lampu jenis lain akanmeningkatkan beban kewangan pada kerajaan membayar bil elektrik untuk lampu jalan.

Walaupun sangat jimat elektrik dan jangkahayat yang panjang, tetapi kelemahannya, lampu ini hanya boleh mengeluarkan cahaya kuning sahaja. Tetapi ia bukanlah masalah besar memandangkan tujuan lampu jalan hanyalah untuk menerangi jalan sahaja.

Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk