Monday, July 2, 2012

5 Aplikasi Android Yang Patut Anda Install



1. Foursquare



Foursquare adalah sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna untuk berkongsi tempat-tempat menarik yang mereka lawati dan berkongsi tips-tips menarik yang boleh dijadikan panduan apabila anda kunjungi tempat berikut.

Perisian ini adalah percuma.  Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

2. Instagram



Instagram adalah sebuah aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berkongsi gambar-gambar mereka. Daftar akaun anda di laman Instagram di telefon pintar anda dan bolehlah anda memuat naik gambar-gambar anda dan ubahsuai nya untuk jadikannya lebih menarik.

Perisian ini adalah percuma.  Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

3. WhatsApp Messenger



WhatsApp Messenger adalah sebuah aplikasi mesej yang boleh didapati untuk pengguna telefon pintar Android, BlackBerry, iPhone, Windows Phone dan Nokia. Menggunakan sambungan 3G atau WiFi untuk berhubung dengan rakan-rakan atau keluarga. WhatsApp membenarkan anda untuk menghantar dan menerima mesej, gambar, nota audio, dan mesej video. 

PERCUMA! untuk tahun pertama.  Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

4. Flipboard



Flipboard aplikasi yang mengumpulkan berita-berita dunia dan berita dari dunia sosial anda dalam satu tempat. Mempunyai antaramuka yang menarik. Memudahkan kerana anda tidak perlu untuk ke setiap laman web yang anda minati untuk mengikuti perkembangannya.

Perisian ini adalah percuma. Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

5. MySettings


MySettings aplikasi yang mengumpulkan kesemua setting untuk telefon pintar anda di dalam satu antaramuka. Mudah dan amat pantas.

Perisian ini adalah percuma. Maklumat lanjut? sila ke Google Play Store.

Jika anda pengguna Android yang tegar ayuh kongsikan aplikasi-aplikasi yang anda rasakan menarik.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk