Monday, July 2, 2012

Penyamun Di Berkas Kerana Lupa Tutup GPS

Anggota polis sedang memeriksa barangan yang ditemui bersama suspek.


BALING - Gara-gara tidak tahu menutup sistem kedudukan sejagat (GPS) pada sebuah kereta jenis Toyata Hilux yang disamun di Sungai Siput Perak, dua suspek berjaya ditahan anggota polis di hadapan stesen minyak Caltex Pekan Baling pada 11.45 pagi, semalam.

Pasukan polis cawangan jenayah yang diketuai Inspektor Abd Aziz Mat Resof berjaya mengesan kedudukan kenderaan curi itu berdasarkan GPS yang terdapat dalam kenderaan pacuan empat roda itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, berlaku sedikit pergelutan antara suspek dan anggota polis sebelum kedua-dua suspek berjaya ditahan.

Menurutnya, masih terdapat dua orang suspek yang masih bebas dan kini sedang diburu oleh pihak polis.

Kedua-dua suspek akan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Siput untuk tindakan seterusnya.- Sinar

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk