Monday, July 2, 2012

Rahsia Tangan Kidal


Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian badan di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik,seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
 Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka menggunakan tangan kanan.
Trivia
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang kidal.
3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun dapat menjawab mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen berkaitan kidal dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin untuk menterjemah mesej-mesejnya.
5. Hari istimewa orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk