Sunday, July 8, 2012

Malang!! Perompak Tersepit Di Pintu Kedai

Niat mencuri seorang lelaki berusia 53 tahun tidak kesampaian apabila dia 
tersepit di bawah pintu kedai selama 9 jam. Kejadian itu berlaku di sebuah 
kedai di Brocton, Massachusette, Amerika Syarikat.




"Ketika berusaha membuka pintu kedai, mangga besi tiba-tiba sahaja terlepas 

sehingga pintu tersebut jatuh mengenai leher lelaki tersebut. Kepala lelaki itu 
tersepit menghadap lantai," tulis akhbar Enterprise, yang dikutip dari Orange.

Lelaki tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana pintu itu agak berat. 

Keesokkan harinya, pemilik kedai tersebut, John Rodriguez terkejut apabila 
dia menemui seorang lelaki yang kepalanya tersepit di pintu kedainya. 
Menurut Rodriguez, lelaki tersebut mendakwa dia sedang membaiki 
pintu kedai yang rosak sebelum tersepit namun pemilik kedai itu tidak 
percaya dan dia terus menghubungi polis. Lelaki itu terpaksa dibawa 
ke hospital bagi memeriksa lehernya sebelum dibawa ke balai polis 
untuk tindakan lanjut.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk