Monday, July 2, 2012

Langkah Paling Bijak Menjaga Keselamatan Barang Kemas


Barang kemas sememangnya sinonim dengan kaum Hawa yang menggemari logam yang cantik sebagai aksesori sekaligus menjadi aset komoditi bernilai tinggi kepada pemiliknya. Sudah tentu pemilik barang kemas amatlah sayang kepada segala yang dimilikinya, jadi ada beberapa langkah dan tips bijak berkenaan barang kemas ingin dikongsi agar pemilik barang-barang kemas yang budiman sekalian sentiasa berhati-hati dan berwaspada. :)
1. Simpan barang kemas yang tidak mahu dipakai dalam peti keselamatan bank.
2. Asingkan jenis-jenis barang kemas semasa menyimpan.
3. Jangan simpan semua barang kemas dalam beg tangan semasa pergi beraya kerana takut tertinggal atau dicuri semasa orang ramai.
4. Cara membersihkan barang kemas – campurkan sabun dalam air panas dan masukkan barang kemas. Angkat bila air suam dan berus perlahan dengan berus gigi. Bilas dengan air sejuk dan biar kering.
5. Jika sorok barang kemas, jangan lupa di mana tempatnya.
6 Jangan pakaikan anak dengan barang kemas semasa hendak pergi membeli-belah kerana kemungkinan akan diragut.
7. Bila ke kedai emas, cari tempat letak kereta yang paling hampir.
8. Jangan pakai terlalu banyak barang kemas pada satu masa kerana rekaannya tidak jelas dan tidak cantik.
9. Barang kemas asas yang mesti ada – rantai, gelang, cincin dan kerongsang. Beli yang boleh dipakai dengan semua baju.
10. Bagi yang belum ada barang kemas, beli satu rantai tangan pintal kerana rekaannya evergreen, sesuai dengan semua baju dan cangkuknya selamat.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk