Wednesday, July 18, 2012

Arina Gadis Bertuah Dipeluk Justin Bieber

Arina Gadis Bertuah Dipeluk Justin Bieber


KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2012: Bintang remaja pop nombor satu dunia, Justin Bieber 
kembali sekali lagi ke Malaysia bagi menjayakan sidang akhbar Asia Tenggaranya yang 
pertama bagi album keduanya Believe, selain bakal membuat persembahan di MTV World 
Stage Live In KL di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon pada petang ini.

Majlis sidang akhbar album terbarunya Believe, yang berlangsung di dewan Plenary di Kuala
Lumpur Convention Centre dihangatkan dengan kehadiran ratusan media daripada
seluruh rantau Asia Tenggara termasuk para peminat bertuah yang mendapat peluang
keemasan berjumpa idola dunia ini.

Selepas hampir dua jam menunggu figura tersohor dunia ini, dia membuat kemunculan
sekitar jam 2.15 petang. Ucapan 'hello' dan 'saya rindukan anda' yang pertama terpacul
daripada mulut remaja yang baru berusia 18 tahun itu.

Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun
bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada
penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.

Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara akustik dan
dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum meneruskan mini showcase
tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.

Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia menyanyikan lagu yang
membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby. Kemudian dia meneruskan persembahan
dengan lagu berjudul Fall yang menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya
secara live.

Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan oleh Justin
sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As Love Me.

Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe, majlis
diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka peluang
kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan
bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik
kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.

p/s- Kesian gua tengok gadis ni....dunia oh dunia...

Sumber

No comments: