Wednesday, December 28, 2011

Antartika - Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Baru sebentar tadi  gua  baca satu artikel di sebuah laman web tentang Benua antartik. ni gua nak kongsi sedikit pasal Benua Antartika.ni dengan korang sebab gua pasti ramai lagi yang tau kekeunikan benua ini. X salah kan?...Ilmu ni... Pergh, memang menakjubkan wa kata sama lu... jom kita baca sama2 ok..


 BENUA Antartika - tiada tempat di dalam dunia ini yang dapat menandingi keunikan dan keindahan kawasan ini yang diliputi lautan salji tanpa mengira musim. Antartika dikatakan paksi kepada pembentukan sejarah awal benua. Menurut ahli-ahli geologi, di sekitar 360 juta tahun lalu, daratan bumi ini sebenarnya bersatu di sekitar kutub selatan. Satu daratan yang disebut Pangeas kemudian terpecah dua menjadi Laurasia dan Gondwana. Seterusnya, kedua-duanya ini terurai dan menjadi benua-benua dan pulau-pulau yang kini tersebar mengelilingi bumi.

Manusia mula mendekati benua Antartika sejak 1820.Bagaimanapun, penjelajahan di daratan Antartika hanya bermula pada awal 1990-an.Bumi Antartika sebenarnya menyimpan seribu satu macam rahsia yang masih belum diterokai manusia kerana pelbagai halangan yang tidak terlawan oleh kudrat mahupun teknologi canggih ciptaan manusia.


Di sebalik putih sucinya, benua Antartika sebenarnya begitu ‘keras’ dan telah mengorbankan banyak nyawa.Sejak lebih 45 tahun lalu, lebih 200 ilmuan dan saintis yang menjalankan penyelidikan di benua ini tewas dan terkorban kerana suhu sejuknya yang melampau. Ikuti beberapa fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai benua Antartika.

-Benua Antartika diselaputi ais sejak 35 juta tahun dahulu. 
-Benua Antartika sebenarnya adalah sebuah gurun yang hampir sama dengan Gurun Sahara. 
-Perairan Antartika adalah antara kawasan yang paling berangin di dunia dengan cacatan kelajuan angin sehingga 200 batu sejam. 
-Suhu di Antartika sememangnya tidak menentu. Antara yang pernah dicatatkan ialah penurunan suhu sehingga 65 darjah Ferenheit dalam masa 12 minit sahaja. 
-Puncak tertinggi di Antartika ialah Vinson Massif dengan ketinggian 4,897 meter. 
-Benua Antartika juga sebenarnya mempunyai gunung berapi, tetapi tidak ada satu pun yang aktif. 
-Sampel ais yang dikenali sebagai empulur ais (ice core) adalah sampel penting yang selalu diambil oleh saintis untuk tujuan uji kaji. 


Empulur ais berbentuk silinder panjang ini memberikan maklumat-berguna mengenai sesuatu perkara sejak berpuluh-puluh ribu tahun dahulu. Ini kerana, objek-objek yang terperangkap dalam ais itu termasuklah buih-buih udara memberikan informasi yang sangat berguna mengenai cuaca dan iklim dunia pada sesuatu masa dahulu. Jika semua bongkah ais (ice sheets) yang terdapat di Antartika cair, air laut di seluruh dunia akan meningkat antara 60 hingga 65 meter.

Kebanyakan hidupan laut di Antartika termasuklah ikan mempunyai sejenis bahan anti sejuk dalam darah masing-masing untuk mengelakkan binatang-binatang ini menjadi beku. Pada musim sejuk yang melibatkan suhu sejuk melampau dan keadaan gelap berterusan selama enam bulan, terdapat kira-kira 900 orang saintis yang menjalankan penyelidikan di 34 stesyen. Jumlah saintis ini bertambah sehingga 3,000 orang pada musim panas.

Serangga terbesar di atas tanah di Antartika sebenarnya ialah sejenis serangga kecil tanpa sayap - Belgica antarctica yang berukuran kurang daripada 1.3 cm panjang. Tiada serangga terbang di Antartika (kerana ia akan mudah ditiup angin), sebaliknya hanyalah jenis serangga seperti kutu yang menghinggapi penguin.

Antartika adalah tempat terbaik di dunia untuk melihat tahi bintang. Tidak seperti di tempat biasa yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan, tahi bintang boleh dilihat secara jelas di persekitaran Antartika yang serba putih. Keadaan sejuk dan kering di ‘Daerah Kering’ di Antartika hampir menyamai keadaan di planet Mars seperti mana yang pernah diuji oleh pihak NASA. Di daerah kering itu, tiada hujan dicatatkan sejak 2 juta tahun lalu.

Dianggarkan, semasa musim makan di Antartika, paus biru (blue whale) memakan kira-kira 40 juta krill (sejenis hidupan laut seperti udang) setiap hari ataupun 3,600 kilogram atau 4 tan setiap hari selama enam bulan. Jumlah pengambilan makanan itu boleh mengenyangkan seorang manusia selama empat tahun!. Sejak kemunculan benua Antartika lebih 20 juta tahun dahulu, tidak banyak hidupan lautnya yang berubah. Ikan-ikan di Antartika hidup pada suhu antara 2 darjah Celsius hingga - 2 darjah Celcius sejak lima juta tahun lalu. (-2 darjah Celcius adalah tahap beku air laut iaitu di bawah kosong kerana kandungan garam). Secara puratanya, suhu musim panas di Antartika ialah -30 darjah celcius manakala purata suhu musim sejuk ialah -60 darjah celcius.

Suhu paling rendah yang pernah dicatatkan ialah -89.6 darjah celcius iaitu di stesyen Russian Vostok. Hanya kira-kira 0.4 peratus daripada Antartika yang tidak diselaputi ais. Di Antartika, terdapat sejenis kumpulan ikan yang agak pelik yang dipanggil ikan ais (ice fish). Ikan ini tidak mempunyai pigmen darah merah - haemoglobin dalam darah untuk membawa oksigen. Memandangkan suhu di sana sangat sejuk dan oksigen boleh larut dalam suhu yang sejuk, ikan ini boleh hidup tanpa haemoglobin. Baru-baru ini, DNA ikan ini didapati telah rosak kerana tahap sinaran tinggi ultra violet akibat lubang ozon. Ikan ini kurang pigmen yang boleh menghalang sinaran UV.

FAKTA PENTING

-Tahukah anda terdapat perbezaan yang nyata antara kawasan Artik dan Antartika.
-Kawasan Artik terletak di Kutub Utara manakala Antartika terletak di Kutub Selatan.
-Kawasan Artik adalah lautan yang dikeliling oleh benua dan pulau-pulau manakala Antartika adalah benua yang dikelilingi oleh lautan.
-Walaupun Artik pada dasarnya ialah seperti laut beku, pengaruh air secara sederhana menjadikan iklim di kawasan ini lebih sesuai untuk kehidupan manusia dan binatang berbanding benua antartika.
-Di kawasan Artik, salji lebih mudah cair dan mengalami proses pengejatan berbanding di Antartika. Keadaan ini menjadikan pembentukan ais kurang berbanding di Antartika.
-Semasa musim panas, kawasan di Artik tidak mempunyai ais dan ini memberi peluang kepada tumbuh-tumbuhan untuk hidup.
-Kawasan Artik dihuni oleh manusia sejak 20,000 tahun lalu manakala di Antartika tiada penduduk tetap, hanya bermusim.
-Banyak negara menuntut haknya ke atas Antartika, walaupun ia diistiharkan sebagai milik antarabangsa.
-Sementara itu, kawasan Artik pula, dimiliki oleh lapan negara yang berbeza iaitu Norway, Sweden, Finland, Rusia, Amerika Syarikat, Kanada, Greenland dan Iceland.

Laman Web Rujukan:

www.cia.gov
www.coolantarctica.com
www.quest.arc.nasa.gov/antarctica

Monday, December 26, 2011

Tahukah Anda? Ops!!!..Ada Apa Dengan Lagu Cinta Muka Buku

 
Tahukah anda? X tahu kan?...Bagus2..Ni Gua Nak cerita pasal penyayi berbakat perempuan yang sedang meningkat naik sekarang ni, yang pada mulanya hanya popular di You Tube. Tapi sekarang dah popular 1 Malaysia nih...kan2..Tahniah!! Lagu popularnya Cinta Muka Buku terus berdentum di  radio kereta korang dan di radio rumah korang. sehinggakan korang ikut menyanyi sama. Kalau korang dengar lagu Cinta Muka Buku ni, Harap-harap jangan ikut nyanyi sekali la ya, sebab ada lirik yang boleh bawa kita ke arah ttuttttt...
Nih liriknya:

... ~ Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja ♫


Amboi korang, menyanyi ikut rentak nampak? Faham tak?
tipu jer :P...Jangan Marahyer....Gua gurau jer, Sebab gua dah terkena tadi kat FB...haha - Pasal tu gua dapat idea nak post entry nih..hehee...Alang-alang  korang dah menyelup perkasam, biar sampai ke hujung kaki...Ni gua nak kongsi bio penyanyi lagu Cinta Muka Buku yang cute ni....


BIOGRAFI NAJWA LATIF


Nama Penuh: Imratul Najwa Binti Abdul Latif

Tarikh Lahir: 23 Mei 1995

Tempat lahir: Batu Pahat, Johor

Status: Pelajar sekolah SMK(P) Temengung Ibrahim Batu Pahat Johor

Official Blog: KLIK SINI
Facebook Page: KLIK SINI
Twitter: @njwalatif
You Tube: www.youtube.com/najwa595









Sunday, December 25, 2011

Boleh Ke Islam Sambut Perayaan Hari Krismas ?


Malaysia, terkenal dengan rakyat yang berbilang kaum, yang hidup aman dan harmoni. Antaranya tiga kaum utama di malaysia iaitu melayu, india, dan cina. Begitu juga dengan kepercayaan agama seperti islam, budha, hindu, kristian dll.

Perayaan Hari Krismas atau juga lebih popular sebagai hari Natal disambut pada 25 Disember setiap tahun. Ni gua memang kompius, sebab ada juga negara yang sambut pada 7 januari. Hmm..kenapa yer. Mgkin negara yang mengalami 4 musim. seperti Australia. Perayaan krismas disambut oleh penganut agama kristian sempena hari kelahiran anak tuhan Jesus (menurut kepercayaan orang kristian). hahaa..budak sekolah pun tau ni. Ada juga penganut agama lain menyambutnya dengan cara sengaja dan dengan cara tidak sengaja. Bagaimana perayaan ini disambut?...Perayaan ini disambut dengan menghias pokok, lampu hiasan, memberi hadiah dan lakonan semula kelahiran jesus.(Anunciation)

Hari ini gua nak jadi ustad sekejap boleh?. Boleh ke umat islam sambut krismas? Mengikut sumber sumber yang boleh dipercayai di internet :-


Sumber dari Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam 

1) Apa jua amalan atau perlakuan orang islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ianya ditegah oleh islam. (HARAM)

2) Sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hannya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara umat  islam dan dengan bukan islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh islam

3) Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan kad ucapan, sms, email dll kepada orang bukan islam yang menyambut perayaan krismas atau perayaan selain perayaan agama islam adalah harus. Tetapi dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Sumber dari cheqppjoy


Islam amat menggalakan sifat kasih sayang dan hormat-menghormati di dalam semua aspek kebaikan sesama manusia, sekalipun fahaman atau anutan mereka adalah berbeza. Walau bagaimanapun, Islam tetap meletakkan had dan sempadan apabila sesuatu perkara itu menjejaskan akidah penganutnya. Seperti yang telah disentuh di atas, sambutan Krismas adalah satu bentuk salah-faham dalam agama Kristian daripada 3 segi:



1. Mengikut buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia (di atas) mengatakan yang sambutan Krismas adalah sambutan ‘hari lahir Tuhan Yesus’. Jadi ini sama sekali bertentangan dengan aqidah Islamiah yang meyakini Allah itu Esa dan tidak berbilang.


2. Tarikh 25hb Disember bukanlah tarikh kelahiran Nabi Isa a.s. yang sebenar.


3. Tarikh 25hb Disember sebenarnya adalah sambutan kelahiran dewa matahari bagi orang-orang Romawi kuno, jadi sambutan itu adalah sebuah perayaan kabatilan.


Sambutan Krismas adalah sambutan syirik orang-orang Kristian menyambut kelahiran tuhan mereka ke dunia yang dipanggil dalam bahasa Ibrani sebagai “Immanuel” (“Tuhan menyertai kita”). Oleh sebab itu, Islam tidak membenarkan sama sekali umatnya untuk terlibat serta dalam apa juga bentuk sambutan hari Krismas, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung walaupun hanya dengan mengatakan, “Happy Christmas” atau “Merry Christmas” sekalipun.


hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik.Oleh itu, hukum menyambut Krismas dalam apa bentuk sekalipun adalah haram dan ditakuti boleh membawa kepada syirik. Umat Islam tidak dibenarkan untuk tolong-menolong dalam melakukan ketidaktaatan kepada Allah s.w.t, seperti Firmannya:


“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.” (Qur’an 5:2)


Nabi Muhammad s.a.w. dalam satu hadisnya mengingatkan kita tentang meniru atau menyerupai ajaran sesuatu kaum yang lain, sabdanya,


“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka ia akan dibangkitkan bersama kaum itu.” (riwayat Abu Daud)


Maka dibimbangi jika ada di antara kita yang terlibat sama dengan penganut agama Kristian dalam menyambut Krismas, maka di akhirat nanti kita akan dibangkitkan bersama dengan mereka, wa nau’zubillah.


Kita sewajibnya mengelakan diri terbabit dalam perayaan kebatilan ini sebagaimana Firman Allah s.w.t:


“…dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (saja) dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Qur’an 25:72)


Ada di antara ulama yang menafsirkan “perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah” termasuklah menyambut perayan-perayaan yang batil, tafsiran ini termasuklah tafsiran Mujahid dan Ibnu Sireen. Jadi sudah jelas kepada kita apa itu sambutan hari Krismas. Semoga kita bersama-sama dapat menyampaikan perkara ini kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat agar dapat terhindar dari melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah lagi merosakkan akidah



Sumber Dari You Tube






korang renung-renungkan lah yer...Santai!!!





Saturday, December 24, 2011

Lagak Si Tomboy

Wah,,,malam ni lepas balik kerja gua rasa gian nak menaip pulak. Tak mengapa tidur lambat pun. Walaupun badan letih, janji dapat siapkan satu artikel untuk blog ni. Korang nampak tak tajuk kat atas tu, haa, itu lah tajuk yang akan di post sebentar lagi. menarik ke tak agaknya tu?.Kawan gua di Uitm Shah Alam la yang bagi cadangan tentang tajuk ini. Mgkin dia dapat ilham selepas menonton filem Aku Bukan Tomboy dekat You Tube. atau mungkin dulu dia pernah menjadi seorang tomboy agaknya. Haha..gurau je la.

Ok, bila terdengar perkataan tomboy, Otak korang secara automatik terus mengatakan ianya satu perkara negatif. Kenapa mereka digelar tomboy?.......Mungkin mereka tidak menggayakan busana seperti perempuan atau gadis-gadis biasa dan juga sikap nya yang bersifat seperti laki-laki. cmana tu? x berapa jelas..Nak tahu ciri-ciri seorang Tomboy?.search sendiri dalam Google. Hehhee..

Gambar sekadar hiasan jer tau!!

Ciri Ciri seorang Tomboy: 

Ciri-ciri yang paling ketara bagi seorang tomboy ialah mereka suka bermain permainan yang biasanya dimainkan oleh orang lelaki. Mereka juga suka melakukan aktiviti  lasak yang selalunya dimonopoli oleh orang lelaki.(x leh cari makan la orang lelaki lepas ni). Bersukan kat dapur je la nampaknya.

Begitu juga semasa belajar di sekolah atau kolej, Seorang tomboy lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding wanita. Penampilan atau perwatakan mereka pula agak lebih maskulin berbanding perempuan normal.Ops!!..jadi Tomboy ni tak normal?.siapa cakap ni wei? Gua la yang cakap.hehee.jangan marah yer.

Kalau korang pernah berkawan dengan tomboy, mesti korang perasan kelakuan mereka yang agak kasar dan bersahaja seperti lelaki. Begitu juga dengan cara percakapan yang hampir sama dengan lelaki. (Ganas) Tapi suara memang tak dapat tiru la, lelaki ader apa yang perempuan tiada dalam leher..iaitu halkum.hehee..

Cukup la sampai sini ye, tak baik mengumpat..hehe.. kalau korang rajin sila lah komen yer tentang penulisan gua yang tak seberapa ni. Dah tengok filem Aku Bukan Tomboy ke belum ni? - Santaiii

Friday, December 23, 2011

Online Sambil Buat Duit Di Facebook - Jom Santai!!


Korang semua faham tak tajuk kat atas tu?....hmmm..faham kot, kalau tak faham kene study semula la nampak  gayanya...ehe, gurau je.. tp mesti korang tertanya-tanya bagaimana caranya dan syarat-syarat nya kan. Ni gua dengan selambernya nak kongsi serba sedikit cara mudah nak buat duit di facebook atau twitter sambil online selain bloging. Gua pun tak pandai sngat nak terangkan, gua pun dapat tau dari member facebook.. tapi selepas mencari maklumat dalam Google.com selama beberapa jam dan berkat usaha serta doa orang kampung, gua berjaya la kumpul serba sedikit pasal benda-benda ini semua. dapat la kongsi dengan korang kan.:)

Apa yang gua maksudkan ialah 3 link ni la.:
                                                                           
                             says.my / blin.gd / churp churp


 Pernah tengok atau dengar tak jenama kat atas tu? gua pun baru je tgk link tu. Kepada siapa yang tahu, sila diam boleh..hehe, dan kepada yang tidak tahu macam gua ni dan berminat untuk memahami apa itu says.my,blim.gd,churp churp, sila klik link diatas tu..semudah ABC je..budak tadika pun pandai. Dari korang mengadap fb 23jam sehari, baik korang rajin-rajinkan diri menyertai benda ni, gua tau ader yang malas..Pada yang rajin dapat la juga duit poket tambahan kan. Boleh buat bayar broadband, streamyx, Wimaxx, Ansuran Kereta rumah..amboi!!, lebih2 nampak.haha..


Kalau korang berminat boleh la klik pada link di atas tu.pilih la mana satu yang berkenan dihati. Nak pilih tiga-tiga pun boleh. tiada orang marah pun. Pendaftaran adalah percuma, tidak perlu bayar satu sen pun malahan korang yang akan dibayar oleh diorang kerana kerajinan korang (untuk orang yang rajin la). korang cuma perlu mempromosikan entry yang diorang tawarkan ke dalam facebook atau twitter korang yang sedang popular tu. senang kan...gua syorkan korang cuba la. Korang tidak akan rugi pun..gua tau ramai lagi yang tak tau benda ni..orang dah bagi peluang buat duit poket, cuba je la. insyaalah berkesan.Tunggu apa lagi kan..santai!!


Santai! Wang Kertas Baru Malaysia 2012

Tahun baru 2012 bakal menjelma, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan teknologi, pembangunan infranstruktur dan taraf hidup kita termasuk la saya yang x hansdome ni. Begitu juga dengan reka bentuk wang kertas yang kita gunakan pada hari ini, akan di gantikan dengan reka bentuk yang baru yang mungkin dapat kita gunakan pada tahun 2012 kelak.Harap-harap kualitinya tak macam wang kertas Rm5 sekarang. Asyik koyak je..betul tak?..hadoiii


Semasa majlis pelancaran wang kertas terbaru ini, wang kertas Rm20 telah ditampilkan semula setelah sekian lama menyepikan diri untuk kita gunakan semula. Dahulu ,wang kertas Rm 20 adalah berwarna  koko dan wang kertasRm 20 baru ini dikeluarkan dalam warna kuning keemasan (oren) dan memaparkan gambar dua ekor penyu yang sedang berenang kegembiraan bersama iaitu penyu karah dan belimbing.

Selain wang kertas Rm 20, Wang kertas lain bermula dengan not Rm1, Rm5, Rm10,Rm50 dan juga tak dilupakan Rm100 telah diubahsuai menjadi lebih menarik dan tahan lasak oleh pereka yang bertauliah.Tak dapat dikesan pula siapa perekanya mungkin orang bank negara punya kerja kot..tak kan Najib pula kan..hummm..... Agak-agak korang bila kerajaan nak lancarkan not Rm 500 pulak.Takda la tebal sangat dompet korang nanti bila awal bulan...(.hehehe..ketawa terbahak-bahak). 

Baiklah, untuk pengetahuan dan pengamatan korang semua, Harap korang bersabar, wang baru ini hanya akan mula diedarkan kepada orang ramai pada pertengahan tahun hadapan pada julai 2012,dengan secara umumnya. Begitu juga dengan wang syiling yang telah dinaiktaraf menjadi lebih menarik dan tahan lasak akan diedarkan awal januari depan. Sekian terima kasih..santai jer!!









Thursday, December 22, 2011

Duit Bantuan Kerajaan RM500 (BR1M) ) & Muat Turun Borang


Rasanya belum terlambat untuk gua kongsikan info ni. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu dengan bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan bajet lepas. Pengumuman bahawa isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak untuk menerima bantuan kerajaan berjumlah RM500. Untuk mendapatkan wang tunai tersebut rakyat Malaysia yang berkelayakan haruslah mengisi borang yang boleh didapati secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). atau  Muat Turun disini:



Borang tersebut hendaklah diisi lengkap dan disertakan dengan salinan-salinan dokumen sokongan. Kelayakan bagi pemohon adalah merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.


Bercerita tentang bantuan wang tunai ni, selepas diumumkan ramai yang tertanya-tanya di mana hendak mendapatkan duit ini. Maklumlah, kita ni bila dapat duit percuma memanglah suka. Dekat mana-mana pun ramai yang bertanya cara untuk mendapatkan duit tu. Malahan, ada yang tak layak pun bercita-cita nak memohonnya. Si Osman kemungkinan besar tidak memohonnya. Bukan sebab banyak duit tapi dari segi kelayakannya tidak cukup iaitu mereka yang mempunyai tanggungan. Tak mengapalah, lagipun biarlah merekayang lebih layak menerimanya. Untuk pengetahuan juga, penerima bantuan JKM E-Kasih automatik layak menerima (BR1M). jngan jeles ye.


Apapun kepada rakyat Malaysia yang layak, jangan lepaskan peluang ini. Ambillah peluang ini untuk mendapat ganjaran yang dijanjikan walaupun apa jua ideologi dan fahaman politik yang anda pilih… Sekurang-kurangnya dapat meringankan sikit beban keluarga dalam menjalani kehidupan yang kian mencabar ini. hmmmmm...memang mencabar

Pengenalan blog dan fungsi-fungsi blog

Pengenalan

Masih ramai pengguna internet yang keliru tentang takrif dan tujuan blog. Walaupun beberapa penjelasan dan
takrif blog wujud, ramai pengguna internet masih tidak mempunyai kefahaman yang sangat baik tentang fungsi blog. Hari ini  serba sedikit saya akan berkongsi maklumat mengenai topik ini supaya penulis blog baru seperti saya sama-sama akan lebih memahami apa itu blog.

Takrif yang diberikan di bawah adalah berdasarkan pemahaman saya sendiri apa itu blog mungkin satu hari nanti blog akan berubah menjadi sesuatu yang lebih baik dan berkuasa daripada apa yang ada. Terdapat  kira-kira lebih 60 juta blog yang didaftarkan dan akan terus bertambah mengikut maklumat di BlogHerald. Nak tau apa itu  blogherald? Klik sini  Blogherald


Apakah Blog?

Blog adalah laman web peribadi, log talian (juga dipanggil weblog) yang mengandungi isi kandungan yang disusun di alam susunan kronologi, dengan kemasukan terkini (New post) di bahagian atas halaman blog. seseorang yang log in blog biasanya bertarikh dan ditanda masa untuk menjana arkib semua pos sebelumnya . Arkib biasanya ditemui dalam bar sisi tetapi boleh didapati di dalam beberapa blog di bahagian bawah laman web atau melalui pautan dalam bar navigasi atas tapak.Tempoh penyertaan diarkibkan oleh bulan atau tahun dan minggu serta tahun dengan alamat laman web statik (alamat url) untuk kemasukan setiap individu.

Blog biasanya memudahkan komunikasi di antara pembaca dan pemilik laman web. Pengarang boleh menulis tentang apa sahaja yang menarik untuk dikongsi bersama. Biasanya terdapat ruang untuk pembaca meninggalkan komen atau memulakan perbincangan di dalam forum.Semua komen dan perbincangan biasanya dibuat dengan serta-merta kepada orang awam untuk semua pengunjung yang melawat blog anda.

Blog yang tipikal boleh mengandungi imej dan pautan tetapi juga boleh mengambil bentuk yang berbeza. Ia mungkin mengambil bentuk kandungan terutamanya yang menunjukkan imej (gambar) yang  dipanggil photoblog Podcasting audio dan video yang dipanggil vlog. Blog yang tipikal juga biasanya mengandungi pautan ke laman-laman web yang lain, untuk berkongsi dengan pembaca supaya mendapat maklumat yang relevan yang berkaitan dengan topik yang diminati oleh pembaca.

Kandungan sesuatu Blog amat berbeza dan tidak sama. Walau bagaimanapun,Blogs boleh mewakili
keperibadian penulis, pengalaman, pandangan dan hobi mereka. Termasuk juga topik politik, haiwan kesayangan, komik, gosip selebriti, diari peribadi dan lain-lain pendekatan profesional,Ada juga blog yang menawarkan maklumat, produk dan perkhidmatan maklumat Khidmat peguam, perkhidmatan berita, perniagaan yang menjual dan menawarkan perkhidmatan dan meliputi topik seperti Kewangan, produk, dan sebagainya. Blog boleh digunakan sebagai alat perniagaan untuk mencapai kepentingan syarikat. Ia boleh digunakan sebagai platform komunikasi untuk berinteraksi dengan kedua-dua pelanggan mereka, bakal pelanggan yang berpotensi di samping mempromosi kan barangan atau perkhidmatan.

Kebanyakan bloggers memasukkan kandungan blog mereka di RSS (Really Simple Syndication),Rss memaparkan entri terkini dari setiap seorang daripada mereka tanpa melawat setiap laman. sungguh mudah dan cepat.

Akhir sekali, blog boleh ditulis oleh sisiapa sahaja. yang penting ada minat dan kemahuan.

Wednesday, December 21, 2011

Facebook Berwajah Baru Lagi ?

Apa benda yang berwajah baru tu?...korang ingat lg x? rasanya tak sampai setahun Mark Zuckerburg memperkenalkan format baru untuk muka buku ni..sekarang En Mark cuba nak memeningkan kepala korang lagi..Gua maksudkannya Facebook Timeline.



Apa itu Facebook Timeline?

Facebook timeline adalah sebuah alat untuk korang menggariskan masa tanpa menggunakan pembaris?...hahah..gurau jer...Facebook seperti yang korang tahu diasaskan oleh En Mark Zuckerburg. jadi beliau lah yang bertanggungjawab mencipta format baru ni yang dipanggil Facebook Timeline. 

Facebook Timeline bermaksud kronologi dalam facebook profile. Ia diperkenalkan pada hujung bulan september 2011 kepada pembuat2 aplikasi facebook.Dalam pada masa itu, ada segelintir pengguna facebook yang bijak pandai seperti korang dah mula mencuba aplikasi  Facebook Timeline ni walaupun ianya belum dirasmikan lagi Mark Zuckerburg telah mengumumkan penggunaan Facebook Timeline ini secara meluas bermula 22 Disember 2011. 

Gua rasa fungsi terbaru ni bakal memberi impak yang besar kepada pengguna-pengguna facebook kerana ianya agak memeningkan kepala. (Bagi pendapat gua ler). Kerana profile page korang secara kesuluruhannya akan berubah dan tak sama seperti dulu. dan korang takkan dapat kembali ke format asal. Jadi biasakan la diri tu dengan fungsi terbaru ni. Lama-lama nanti biasa la tu..Jangan dok komen jer..hheehe Seperti biasa la, sesuatu bendayang baru diperkenalkan  mesti ada kelebihan dan kelemahannya. nak tau jom baca text kat bawah ni pula.

Kelebihan Facebook Timeline

Kelebihannya korang boleh letak cover ala2 banner macam dalam blog. Kalau tak nak letak cover pun boleh. xda masalah pun. Abaikan je. En Mark x marah punya. hehee..Dah  macam blog plak boleh men letak cover ni kan.Nasib baik x leh letak ads..hehe.. Bila korang letak cover ni, nampak menarik jugak...lebih2 lagi bila kalau korang jadi kan facebook ni sebagai medan promosi business, boleh jadikan cover ni untuk promote business korang. Kawan2 buka je profile korang terus terpampang cover ni yang agak besar juga 

Kelemahan Facebook Timeline

Kelemahannya kawan 2 korang leh baca status lama korang yang dah basi tu kerana ianya teralu terdedah..sapa2 pun leh baca. jadi kemungkinan boleh mendatangkan masalah pada pasangan yang sedang bercinta. ianya boleh mendatangkan prasangka buruk kepada pasangan.lagi satu kelemahannya, korang perlu setting kembali privacy korang.hummm..

Nak mengaktifkan Facebook Timeline?

Klik aje di sini - FACEBOOK TIMELINE

Akhir kata dari gua...majulah sukan untuk negara!!! Biasa-biasakan la diri tu dengan fungsi terbaru dari facebook ni yer...Malaysia Boleh!! Santai!!!










Pemimpin Korea Utara Kim Jong-Il meninggal dunia

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, menurut media rasmi negara itu.

Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu “meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal” pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah “turun padang”.

Ia menggesa rakyat Korea Utara supaya mengikut anak lelaki bongsu Jong-Il dan penggantinya, Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an.

“Semua ahli parti, tentera dan orang awam patut mentaati kepemimpinan komrad Kim Jong-Un dan melindungi dan mengukuhkan lagi parti, tentera dan orang awam,” kata penyampai TV agensi berita itu yang berpakaian serba hitam sambil menangis.

Menurut KCNA, bedah siasat dilakukan semalam.

Pemimpin terbabit mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008.

Pengebumian beliau akan diadakan pada 28 Disember ini tetapi tiada delegasi asing dijemput hadir.
Tempoh berkabung diisytihar dari 17 hingga 29 Disember.

Sementara itu, agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.






Bioggrafi Kim Jong-Il


Kim Jong Il mengikuti jejak ayahnya untuk menjadi pemimpin Republik Demokratik Korea. Dalam tahun-tahun awal, ia berjuang untuk dukungan dan kekaguman dari Partai Buruh. Pada tahun-tahun sebelum naik ke tampuk kekuasaan pada 1994 sebagai 'pemimpin tertinggi', ia menjadi ketua Komisi Pertahanan Nasional Korea Utara, yang diresmikan perannya sebagai negara diktator baru, dan dia kemudian akan mampu mengendalikan kekuatan militer negara . Dikenal di Korea Utara, media dan militer sebagai 'Dear Leader'.


Dalam biografi Kim Jong Il, ia mengatakan bahwa diramalkan kelahirannya, ada dua pelangi terbentuk, dan sebuah bintang baru muncul di langit. Keeksentrikan besar-besaran seperti membangun benteng dan rumah-rumah, makan makanan yang paling mahal, dan menonton film-film Amerika, telah digunakan oleh media luar untuk menunjukkan kemunafikan dan sifat-sifat bipolar kepribadiannya.

Kim Jong Il menerima sebagian besar pendidikannya di luar Korea Utara, di Cina, Rusia, dan bahkan kuliah di University of Malta untuk belajar bahasa Inggris. Selain itu, selama masa pemerintahan ayahnya, ia bertugas di luar negeri di Eropa sebagai seorang diplomat dan Atase. Ketika ia naik pangkat, ia diangkat sebagai Direktur Propaganda dan Agitasi, yang telah membantunya memanipulasi pengikutnya.

Jong Il kemudian menjadi penguasa Kongres Partai Keenam dan semakin menguntungkan perhatian media di seluruh negeri tersebut berkat taktik. Bahkan sebelum ayahnya berhenti berkuasa pada 1994, Kim Jong Il mengambil komando militer. Perdana menteri, seorang pejabat terpilih secara demokratis, disingkirkan dari jabatannya dan pada tahun 1992, putra Jong Il ditugaskan negara secara keseluruhan untuk urusan internal.

Kim Jong Il tidak mentolerir setiap bentuk fitnah yang diarahkan pada dirinya atau kebijakan dari para menteri atau pejabat yang ditunjuk. Ia telah menjadi seorang pemimpin yang kejam dan baru-baru ini membuat Korea Utara keluar dari kesepakatan nuklir internasional sehingga ia dapat mengembangkan kekuatan nuklir sendiri. Pada tahun 2006, ia berhasil meledakkan senjata nuklir dari negaraya untuk pertama kali di lokasi rahasia yang tidak diketahui.

Terjun dari ketinggian 38 meter



Pernahkah anda tengok manusia terjun dari tempat tinggi ke dalam air dalam keaadaan terlentang?, Pernahkah anda terfikir betapa pedihnya.?
Korang kenal  Konstabel Velumurugan Polis Negeri Tamil Nadu?. tidak kenal kan? Velumurugan telah membuat satu terjunan dari ketinggian 38 meter ke dalam air. Mungkin kerana
tersilap teknik, Velumurugan jatuh dengan cara terlentang tanpa kecederaan yang teruk....hahaha tak tahu la apa dia rasa.... santai!!! video ini


Ikan berkepala manusia


Di Eropah dijumpai seekor ikan mas dengan bentuk "wajah" menyerupai manusia. Corak di kulit ikan itu seakan menyerupai wajah manusia, dengan bentuk mata, hidung dan mulut yang hampir sama. Pemiliknya menyebutnya sebagai ikan hantu...santai!!!

Kapal terbang mendarat cemas

Gila!! punya... Kapal terbang penumpang 747 terbang rendah dan mendarat cemas. Lokasi tidak diketahui...sebab gua tiada ditempat kejadian masa itu...Santai!!!

Bayi dicampak dari atas bumbung


Mungkin video ini adalah biasa bagi masyarakat setempat di india, tetapi bagi masyarakat kita ianya keterlaluan dan sangat merbahaya.

Ritual ini dilakukan oleh penganut agama Hindu dan juga muslim di daerah Solapur, India. Bayi akan dicampak dari bumbung kuil lebih kurang setinggi 50 kaki dan akan disambut dengan menggunakan kain cadar dibawah oleh orang lelaki dewasa.

Ramai pengkritik mahu amalan ini diharamkan untuk diteruskan kerana dikhuatiri membawa kemudaratan walaupun menurut mereka belum lagi terjadi apa-apa kemalangan jiwa terhadap bayi yang dilakukan ritual selama ini.

Menurut mereka juga ritual ini sebagai tanda mengucapkan “syukur”

*Agak-agaknya korang snggup tak tengok anak korang dicampak macam tu?

Hijab di akhir zaman

Hijab, apa itu hijab? Ada hujah-hujah yang dikemukakan bagi menggalakkan wanita mengenakan hijab / bertudung lengkap ini selalunya dipandang enteng oleh sesetengah wanita yang belum terbuka hatinya... mungkin Allah belum bagi hidayah  pada mereka. Jadi, macam mana lagi kita nak dterangkan akan kepentingan hijab itu ye. Baiklah, kalau pasal hukum halal haram wanita bagi menutup aurat itu saye rasa ramai yang dah tau.. kadang2 ada je yang buat-buat tak tahu dan masih menayangkan aurat mereka pada yang bukan sepatutnya..satu perbandingan bijak telah dibuat bagi menerangkan apakah pentingnya mengenakan hijab / bertudung (bertudung lengkap a.k.a bertutup penuh) dalam kehidupan bagi seseorang wanita.. Mari sama-sama kita tengok video ni......santai!!!

Makanan yang pelik (katak)

Dalam kepercayaan masyarakat China, katak mempunyai 1001 khasiat dan boleh rawat bermacam-macam penyakit yang kronik. dan bermula dari situ, bermacam-macam resipi, amalan di hasilkan. Anda sanggup makan tak?,
Dalam video ni seorang pelanggan mencuba makanan dan minuman yang di hasilkan dari katak, anda bila lagi?.....santai jer!!!

Aksi belon pecah dalam versi perlahan

Isi kandungan Video yang dipaparkan  ini, metunjukkan apa yang terjadi semasa belon yang berisi air dipecahkan. Ia dirakamkan dengan video kamera dalam versi perlahan yang berteknologi tinggi. sememangnya unik dan hebat..santai jer!!!....