Thursday, May 24, 2012

Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia Dijumpai

Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai 
Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara 
ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang 
sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. 


Namun bagi penduduk kawasan Muara, 
Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan 
seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. 
Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan 
dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.


Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua 
telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada 
para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah 
manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian 
seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk