Friday, May 11, 2012

Kebakaran Loji Pemprosesan Gas Di Paka, Terengganu, Seorang Maut Dan Sembilan Cedera


DUNGUN, 10 Mei (Bernama) — Seorang pekerja kontrak maut dan sembilan lagi cedera dalam kebakaran di pusat pemprosesan gas di Loji Pemprosesan Gas (GPP) dalam kawasan Kompleks A milik Petronas di sini, Khamis.

Pekerja itu, Rosli Mansor, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam kebakaran kira-kira 3 petang itu, menurut kenyataan Petronas Gas Berhad (PGB). Menurut kenyataan itu, jenazah Rosli yang berasal dari Kuala Terengganu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat. Lapan lagi pekerja yang cedera dirawat di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun.
Menurut kenyataan itu, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3.30 petang dan PGB telah mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa dan keluarga mangsa yang terlibat dalam insiden berkenaan.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk