Saturday, May 26, 2012

Kejam! Ibu Cungkil Biji Mata Anaknya Yang Berumur 5 Tahun



Seorang ibu di Mexico tega mencungkil kedua anak mata anak lelakinya yang berumur 5 tahun. Tindakan keji itu dilakukannya dalam sebuah seremoni.

Atas kejadian ini, polis Mexico telah menangkap tujuh orang termasuk ayah dan ibu kanak-kanak malang tersebut. Peristiwa ini terjadi saat ritual yang diadakan di Nezahualcoyotl, kawasan masyarakat kelas pekerja di bahagian timur Kota Mexico City pada Khamis, 24 Mei waktu tempatan.

"Ada semacam perhimpunandi dalam sebuah rumah," kata Laura Uribe, juru bicara penuntut umum di negara bahagian State of Mexico seperti dipetik agensi berita Reuters, Jumaat (25/5/2012).

Namun dia tidak menjelaskan secara detail tentang ritual tersebut.

Polis tempatan menyatakan, ibu akank-kanak telah mencungkil keluar kedua-dua bola mata anaknya dengan tangan kosong kerana si anak menolak menutup matanya ketika perhimpunan itu

Polis menenemui kanak-kanak lelaki itu di rumah tersebut pada Khamis (24/5) pagi waktu tempatan. Anak tersebut terus dilarikan ke hospital di Bandar City untuk menjalani rawatan. Tidak diketahui bagaimana keadaanya ketika ini.

Sumber: Reuters

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk