Friday, May 25, 2012

Penyanyi Nassier Wahab Kemalangan Jalanraya


Ahad lalu di Kilometer 433.7, Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bukit Beruntong. Kemalangan yang berlaku keatas Nassier Wahab itu hampir-hampir menyebabkan beliau dan keluarga maut.
Ketika itu Honda Accord Nassier Wahab yang dipandu oleh seorang pembantu peribadi beliau telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan, kejadian berlaku kira2 2.45 petang.
Nassier Wahab kemalangan
Ketika itu, Nassier menjelaskan hujan turun agak lebat. Mereka sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang untuk memenuhi satu undangan nyanyian. Dalam kemalangan itu, Nassier memberitahu, hanya isteri dan anak beliau yang mengalami sedikit kecederaan iaitu patah tulang bahu.
Nassier juga terkilan kerana tidak sempat mengucapkan terima kasih kepada sepasang warga emas yang meredah hujan semata-mata mahu membantu beliau dan keluarga.
Nasir Wahab Trauma
Dalam pada itu, hari Khamis (24/5/12) Nassier sekali lagi nyaris mengalami kemalangan buat kali ke dua. Kali ini kejadian melibatkan antara beliau dan abangnya pula.
“Ketika kami dalam perjalanan, saya ada bercakap kepadanya yang kita patut bersyukur kepada Allah kerana masih memberi kehidupan di dunia ini dan redha dengan apa yang berlaku.
“Sebaik sahaja kami menukar lorong ke kanan, tiba-tiba sebuah lori telah melanggar beberapa kereta di lorong tengah.
“Kami terkejut dan mujurlah Allah menggerakkan hati kami untuk beredar dari lorong tersebut,” tuturnya.
Nassier dikatakan terpaksa mengeluarkan sejumlah peruntukan sebanyak RM10K untuk memperbaiki kos kereta beliau itu. Bagaimanapun beliau bersyukur kerana masih selamat tambah beliau..”duit boleh dicari, sedangkan nyawa pula tiada pengganti” - sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk