Monday, May 28, 2012

Wardina Trauma Diganggu Panggilan Lucah



Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32 trauma apabila dia diganggu dengan panggilan lucaholeh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Beliau juga terkilan dengan sikap mengaibkan lelaki terbabit yang beragama Islam dan berbangsa Melayu. Menurut Harian Metro, Wardina memberitahu media, dia kalau mahu cari lelaki itu, mahu kenal dan mahu tahu dia anak siapa. 
“Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa,” kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.
Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.
“Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).
“Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk