Friday, May 11, 2012

Kelab Liga Super China Ikat Remaja 17 Tahun Malaysia



KELAB Liga Super China, Shanghai Shenhua telah menandatangani pemain berusia 17 tahun, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia, untuk bermain dengan pasukan itu.

Pada November lalu, Tam Sheang Tsung yang berasal dari Malaysia telah menjalani pemilihan di kelab Shanghai Shenhua. Selepas pemerhatian selama enam bulan, pasukan jurulatih kelab tersebut sangat tertarik dengan permainannya yang konsisten.

Kelab itu seterusnya telah membuat keputusan untuk menandatangi Tam secara rasmi, lapor portal ESPN Star hari ini.

Sheang Tsung, pemain bola sepak kaki kanan yang berbakat dilahirkan di Tokyo pada 1995.

Mengikut laporan itu, Sheang Tsung, warganegara Malaysia, telah mengikut ibu bapanya ke Jepun atas urusan perniagaan dan membesar di sana.

Ibu bapa Sheang Tsung, Tam Yun Tong dan Ang Hui Chin merupakan pemilik sebuah restoran Rasa Malaysian Cuisine Restaurant sejak 16 tahun lalu.

Sheang Tsung bermain bola sepak pada usia sembilan tahun dan semasa dia berusia 13 tahun, pencari bakat dari Yokohama FC telah memilihnya untuk pasukan Yokohama FC Bawah-15.

Laporan itu menyebut, pada umur 14 tahun dia telah di hantar ke Sao Paulo untuk menyertai San Barnado FC selama empat bulan. Kemudian pada umurnya 15 tahun, kelab tersebut telah menghantarnya ke Cardiff City untuk latihan selama tiga bulan.

Pada 2010, dia menyertai kelab Divisyen 2, Sagan Tosu yang terletak di Kyushu, Jepun dan telah digelar pemain termuda dalam sejarah bola sepak profesional Jepun.

Walaupun dia pemain muda yang berbakat dari, dia tidak terkenal di Malaysia mahupun di Jepun. Tetapi penyertaannya ke kelab Shanghai Shenhua telah menarik perhatian Menteri Konsul Am Malaysia di Shanghai, Hendy Assan sebagai saksi penandatangan kontrak.

Jurulatih Shanghai Shenhua sekarang ini adalah bekas pemain Chelsea, Nicolas Anelka yang juga masih pemain di Shenhua.

No comments: