Wednesday, May 2, 2012

Buaya Gergasi Berjaya Ditangkap

Seekor buaya air masin gergasi berjaya ditangkap di Bunawan, Provinsi Agusan del Sur Filipina semalam. Buaya sepanjang 6.4 meter dan seberat 1097 KGditangkap setelah diburu lebih 3 minggu lamanya. 




Buaya ini dipercayai bertanggungjawab terhadap kematian beberapa ekor kerbau dan seorang nelayan yang hilang Julai lalu. Sebanyak 4 perangkap digunakan bagi menagkap hayawan ganas ini tetapi semuanya berjaya dimusnahkannya. 


Hanya selepas perangkap yang dibuat dari besi yang lebig kukuh digunakan barulah ia berjaya ditangkap. Lebih 100 penduduk Bunawan diperlukan bagi menarik buaya ini kedarat. Menurut Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde Flores, buaya yang berjaya ditangkap hidup-hidup ini akan ditempatkan disebuah taman Eco yang sedang dalam pembinaan. 


Diharapkan bila ia berjaya ditempatkan nanti si buaya akan menjadi tarikan pelancong dan menjana ekonomi penduduk setempat yang rata-ratanya miskin. Sungguhpun buaya ini sudah ditangkap penduduk tempatan masih tidak berani untuk melakukan aktiviti dikawasan paya bandar mereka. Mereka percaya masih ada banyak lagi buaya besar yang boleh menyerang mereka di masa hadapan.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk