Wednesday, August 1, 2012

Enjin Jet Pertama Di Dunia Dibina Dari Lego

Anda pernah main Lego? Rasanya ramai yang pernah main masa kecik-kecik dulu. Mungkin selalunya kita biasa buat rumah atau apa-apa sahaja yang dirasakan menarik untuk menghabiskan waktu lapang. Tapi bagaimana pula kalau enjin jet yang dibina dengan menggunakan lego? Awesome bukan?

Rolls-Royce menghasilkan enjin jet yang diperbuat daripada Lego yang pertama di dunia di festival Farnborough International Airshow minggu ini di England. Model tersebut merupakan replika bersaiz separuh daripada enjin jet Rolls-Royce Trent 1000 yang digunakan dalam kapal terbang Boeing 787 Airliner.

model-lego-enjin-jet

Model tersebut menggunakan sebanyak 153,455 biji Lego, megambil masa selama 8 minggu dan satu pasukan terdiri daripada 4 orang yang bekerja full-time untuk disiapkan. Bilah enjin tersebut berputar seperti model yang sebenar tetapi memandangkan ianya diperbuat daripada plastik, ianya berputar sedikit perlahan dan menjana kurang kuasa berbanding enjin sebenar.

Sementara berat enjin sebenar adalah kira-kira 1.25 tan, replika Lego tersebut juga boleh tahan beratnya iaitu seberat 676 pounds (307 kilogram) dan bersaiz 4.9 kaki panjang dan 6.5 kaki lebar. Antara ciri menarik yang terdapat pada model tersebut adalah bahagian yang boleh dibuka di mana ianya mampu menunjukkan bahagian dalaman enjin yang sebenar.

Dengan ciri-ciri tersebut, ia menjadikannya antara model Lego paling kompleks pernah dicipta. Selain itu satu pasukan perunding dari Bright Bricks telah dibawa untuk membantu memasang model Lego tersebut dan bagi memastikan kesamaan dengan enjin sebenar, lukisan CAD bagi enji asal dirujuk semasa pembinaan.



No comments: