Friday, August 3, 2012

Pekerja Butik Dirogol Pelanggan


‘Pelanggan’ rogol pekerja butik















SUBANG JAYA – Polis mengedarkan fotofit seorang lelaki dipercayai warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubungan kes rogol pekerja butik di SS15, 21 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, butik tempat kerja mangsa berumur 23 tahun itu dikatakan didatangi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek dikatakan membelek-belek pakaian di rak dan memaklumkan kepada mangsa dia ingin menghadiahkan baju itu kepada teman wanitanya.

Katanya, suspek yang bertutur dalam bahasa Indonesia kemudian memaksa pekerja butik itu masuk ke dalam bilik stor dan terus mengikat kaki tangan serta mulut mangsa.

“Suspek kemudian merogol mangsa dan menyamun beg duit, telefon bimbit serta hasil jualan yang berada di kaunter pembayaran,” katanya. Sinar

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk