Thursday, August 2, 2012

Kanak-kanak Tergemuk Di Dunia 91.2kg



Baru berusia 6tahun, kanak-kanak yang bernama Suman Khatun ini merupakan kanak-kanak tergemuk di dunia dengan beratnya yang kini mencecah 91.2kg.

Kanak-kanak berasal India ini dijangka akan meninggal kerana diancam serangan jantung kerana kebiasaan makan dan berat tubuhnya yang sudah jauh melebihi had oleh, kata doktor yang merawat Suman, Subodh Bandyopadhyay,

Untuk sarapan, kanak-kanak ini menghabiskan 20 keping biskut dan12 buah pisang. Bukan hanya sekali, tapi dua setengah jam kemudian dia sarapan lagi dengan menu 2 pinggan nasi dan 5 biji telur. Dalam satu hari Suman makan 6 pinggan besar nasi, 50 keping biskut, 32 buah pisang, 7 butir telur, 4 mangkuk kari ikan dan kentang. Ayah

Suman, Jalal,  seorang petani hanya berpendapatan satu minggu kira-kira Rp. 150.000. Hampir seluruh pendapatannya digunakan untuk memberi makan Suman.

Keadaan Suman berbeza dengan adik-beradiknya yang selalu kelaparan.Dalam satu minggu, Suman menghabiskan 14 kilo beras hanya untuk makannya sendiri. Ibunya, Beli Bibi, sudah kehabisan idea dalam menyiasat nafsu makan Suman yang selalu rasa lapar setiap saat. Jika bahagian makannya dikurangkan, Suman akan marah sambil menangis berguling-guling di lantai, dan akan memakan lumpur. 




No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk