Thursday, August 2, 2012

Isu Kematian Kakitangan TV9 Polis Ambil Keterangan 10 Individu



Isu kematian Syaleza Jaafar yang dikatakan mati dijerut menjadi perbualan hangat di Malaysia sekarang dan terbaru mengenai kes bunuh Syaleza Jaafar ini, 10 individu diambil keterangan oleh pihak Polis untuk membantu siastan.

Salah seorang daripada individu tersebut adalah seorang lelaki yang juga anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada jam 10.15 malam pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes itu.


#ARTIKEL DARI BERITA HARIAN

Polis mengambil keterangan 10 individu bagi membantu siasatan kes eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9, Syaleza Jaffar yang ditemui mati di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan, berkata dua daripada 10 individu itu ialah rakan sekerja allahyarham manakala lapan lagi adalah jiran terdekatnya. "Polis akan mengumpul kesemua bukti berdasarkan keterangan yang diambil, dan kita berharap kes ini dapat diselesaikan dengan kadar segera dengan adanya keterangan ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Beliau berkata, berkemungkinan ada beberapa saksi lagi yang akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan mereka berkaitan kes itu.

Syaleza, 31, ditemui mati oleh suaminya dalam bilik tidur rumah mereka, dan hasil bedah siasat menunjukkan terdapat kesan jerutan di leher wanita itu.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki yang juga anggota keluarga terdekat Syaleza di Segamat, Johor pada jam 10.15 malam pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes itu.

Thaiveegan berkata, setakat ini tiada tangkapan baru dibuat dan lelaki yang bekerja di bahagian teknologi maklumat di sebuah firma itu direman sehingga 6 Ogos.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk