Monday, August 6, 2012

Kanak-kanak Mati Dalam Upacara Pemujaan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati apabila lapan ahli keluarganya termasuk pembantu rumah warga Indonesia menjalankan upacara pemujaan dengan menindih tubuhnya di Bukit Minyak di sini malam tadi.
Kanak-kanak Mati Dalam Upacara Pemujaan
gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Azman Abd Lah berkata, kejadian pukul 10 malam itu disedari bapa saudara mangsa yang secara kebetulan berkunjung ke rumah itu.



"Saksi yang curiga melihat pintu utama rumah tidak berkunci segera naik ke tingkat atas rumah yang menempatkan bilik tidur utama."


"Apabila lelaki berkenaan mendapati pintu bilik itu berkunci dan penghuni yang berada di dalam enggan membuka pintu, dia segera memaklumkan kejadian kepada polis,”

Azman berkata polis terpaksa memecah masuk bilik itu sejurus tiba di lokasi kejadian dan mendapati kanak-kanak itu sedang ditindih kesemua suspek.— BERNAMA



Sumber

No comments: