Tuesday, January 3, 2012

Sahabat Atau Kawan?

 Sahabat..satu perkataan yang mudah aku rasa kita dengar walau dimana pun kita berada. Tajuk pada kali ni adalah SAHABAT. Adakah.korang betul-betul faham apa itu sahabat?..Sahabat dan kawan korang pilih mana?...jom kita fahamkan...

Jauhilah kawan yang jahat, dan berhati-hatilah jangan menghubunginya, tetapi apabila tidak dapat menjauhinya, maka kita haruslah menegurnya. Dan berkawanlah pada orang yang jujur, tetapi jangan suka membantah padanya, engkau pasti akan disukai selama kamu tidak membantah kepadanya.

Berkawanlah dengan orang yang berakhlak,dan baik budinya. Maka sesiapa yang berbuat baik pada orang yang tidak berbudi, bererti ia telah membuang budi itu dalam laut. Dan Allah mempunyai syurga yang sebesar langit, tetapi diliputi dengan kesukaran-kesukaran.

Sahabat......aku menggunakan perkataan sahabat kerana sahabat memang susah untuk dicari, kawan pula senang dicari...dalam Fb berlambak..tetapi bukan semua kawan boleh dipercayai kan...bila korang susah adakah mereka dapat tolong?..x semua dapat tolong. Manakala kalau sahabat sejati, memang susah senang bersama. Aku menadah tangan berdoa,memberitahu allah yg aku,bersyukur krn allah telah mengurniakan seorg sahabat sepertimu kepadaku...Ya Allah,kupohon agar engkau sentiasa mencurahkan rahmatmu kepada sahabatku ini....Wahai sahabat...akan aku berjanji(Insyallah),jika semalam aku adalah sahabtmu, hari nie aku masih lagi sahabatmu dn jgn risau mengenai hari esok,aku akan sentiasa menjadi sahabatmu,itulah janjiku kepada mu,wahai sahabatku..dan itulah juga hadiahku kepadamu,kesetian seorg sahabat...

3 comments:

KaKi OnlinE~ said...

insyaallah, ,moga saya mendapat teman yang sejati, ,

Koman Spanar said...

:) insyallah

Koman Spanar said...

insyaallah:)