Thursday, May 3, 2012

Burger Daging Ular Yang Popular Di Indonesia

Anda minat dengan makanan segera iaitu Burger? Pastinya ada yang meminati makanan ini kerana ia ringkas dan sedap. Sedap-sedap sekalipun ia tidak bagus diamalkan makanan ini kerana ia mengandungi kolestrol yang tinggi. Jika di Malaysia, burger daging bakar adalah yang paling menjadi bualan orang-orang sekitar kuala lumpur, malah 1 Malaysia. Burger selalunya dijual di waktu malam kerana ada sesetengah orang tidak suka makan makanan berunsur nasi diwaktu malam.

 


Itu cerita di Malaysia, lain pula cerita di Jakarta, Indonesia. Disana, burger yang paling popular disana adalah Burger Daging Ular. Daging ular? Ya, daging ular. Tentu anda tidak percayakan akan perkara ini. Daging ular ini diambil dari ular tempatan. Cara penyediaannya adalah :

  • Ular akan dipenggal kepalanya dan kemudiannya kulitnya akan dilapah untuk menghilangkan kulit tersebut.
  • Ular tersebut akan dibersihkan terlebih dahulu dan dangingnya pula akan dicincang halus dan dicapurkan sedikit perasa.
  • Kemudian, ia akan membentukkan kepingan seperti daging burger dan terus digoreng dan disajikan dengan roti dan sayur didalamnya. ia sama seperti burger biasa.- Sumber

No comments: