Thursday, May 3, 2012

Jual Duit Syiling Lama Boleh Jadi Kaya

Belum pun habis pasal tokek yang di war-warkan mencapai puluh ribu hingga jutaan ringgit, kini muncul pula pasal menjual duit siling lama yang amat tinggi nilainya.

Menurut satu sumber duit siling yang dimaksudkan adalah dua puluh sen dan lima puluh sen yang bertarikh antara tahun 1972 hingga 1976.

Lima puluh sen yang mempunyai parit pula sangat tinggi harganya. Walau bagaimanapun desas-desus ini tidak dapat dipastikan kerana hanya disebarkan melalui mulut ke mulut dan juga sistem pesanan ringkas SMS.
duit siling lama

duit siling lama

Menurut cerita lagi duit siling lama lima puluh sen boleh mencapai sepuluh ribu (rm10,000) manakala duit siling dua puluh sen mencapai lima ratus (RM500) sekeping

Benar atau tidak kepada para pengumpul duit siling lama jangan pecah tabung ye. kena siasat dulu kebenarannya baru bertindak mengikut keadaan.- Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk