Iklan Teks
Ingin tukar pekerjaan? Peluang masih ada. Kemaskini resume anda hari ini KLIK SINI!!
::::
Advertise [RM10] Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Advertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Masih Ada KekosonganAdvertise [RM10] Masih Ada Kekosongan
Saturday, April 14, 2012
Gadis 14 Tahun Menjadi Mangsa Serakah 4 Lelaki
KEMAMAN - Seorang pekerja salon yang baru berusia 14 tahun menjadi mangsa nafsu serakah empat remaja lelaki apabila dirogol dan diraba dalam kejadian di sebuah kedai di Bandar Cheneh Baru, Air Putih, di sini, tiga hari lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, dua suspek merogol mangsa sementara dua lagi bertindak memegang tangan sambil meraba badan mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar berkata, mangsa yang sudah tidak bersekolah dipanggil oleh seorang daripada suspek ketika mahu pergi ke tandas berdekatan salon tempatnya bekerja. Sejurus dipanggil, mangsa mendekati suspek sebelum menarik tangan mangsa dan masuk ke dalam sebuah kedai berhampiran yang tidak berpenghuni.
“Dalam kedai itu terdapat dua lagi remaja lelaki, dua daripada suspek memegang tangan mangsa dan seorang rakannya merogol mangsa. “Selepas itu datang pula seorang lagi rakan mereka yang lain dan turut merogol mangsa,” katanya semalam.
Waktu kejadian, mangsa yang berasal dari sebuah kawasan Felda di Air Putih turut menjerit meminta tolong, namun keadaan kedai yang kedudukannya agak tertutup dan tersorok menyebabkan jeritannya tidak didengari. Katanya, susulan itu mangsa kemudian membuat laporan polis kira-kira jam 1 petang kelmarin dan sejurus itu tiga daripada suspek yang berusia antara 18 dan 19 yang seorang daripadanya merogol mangsa, berjaya dicekup di pusat bandar Cheneh Baru kira-kira jam 9 malam.
Polis juga masih giat mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai telah melarikan diri. Tiga daripada suspek adalah penganggur manakala seorang lagi pekerja kilang. Menurut Abd Marlik Hakim, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Tiga suspek terbabit direman selama empat hari selepas ditangkap dan tempoh tahanan reman akan ditambah agar siasatan lanjut dapat dilakukan polis.
“Oleh itu polis ingatkan agar remaja perempuan dan wanita lebih berhati-hati. Jangan percaya dan perlu berwaspada dengan orang yang tidak dikenali,” katanya.
Gambar sekadar hiasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment