Saturday, April 28, 2012

Tahi Lalat Gergasi Di Badan 'Turtle Boy' Berjaya Dibuang

Seorang budak lelaki bernama Didier Montalvo berusia 6 tahun dan berasal daripada Colombia mendapat gelaran 'turtle boy' kerana tahi lalat gergasi yang tumbuh di belakang beliau menyerupai cengkerang penyu. Didier sebenarnya mengalami Congenital Melanocytic Nevus yang sangat jarang berlaku.


 Lagi menyedihkan, Didier dan keluarganya dipulaukan oleh penduduk setempat yang percaya kepada perkara karut dan bimbang bahawa Didier telah disentuh kuasa jahat kerana dikandungkan semasa gerhana berlaku. Ini bermakna beliau juga tidak boleh ke sekolah dan dibaptiskan.



 Mujurlah kesusahan yang dialami Dieder ini didengari oleh seorang pakar bedah plastik British, Neil Bulstrode dan tahi lalat gergasi ini berjaya dibuang melalui pembedahan yang dilakukan oleh pakar bedah ini secara percuma. Kini Didier boleh membesar seperti kanak-kanak yang lainnya. :)







No comments: