Monday, April 30, 2012

Justin Bieber Hina Indonesia?

Penyanyi Indonesia Syahrini mengecam bintang remaja antarabangsa Justin Bieber kerana didakwa memperlekehkan negara ituMenerusi akaun Twitter peribadinya,dia melahirkan kekecewaannya dan meminta Bieber untuk meminta maaf kepada rakyat Indonesia
syahrin dan bieber justin bieber hina indonesia?
“Justin Bieber harus minta maaf kepada masyarakat Indonesia,” tegasnya menerusi kemas kini akaun Twitter, @PrincesSyahrini,
Terdahulu, kenyataan Bieber yang memperlekehkan kualiti studio rakaman di Indonesia mencetuskan kontroversi di kalangan rakyat republik itu
Ketika ditemubual pada pelancaran album terbarunya Believe 2012 di London, England, baru-baru ini, penyanyi itu mengakui dia merakamkan salah sebuah lagu dalam album itu di Indonesia
Dalam kenyataannya kepada akhbar Mirror, Bieber menyifatkan republik itu sebagai sebuah negara yang bercelaru dan tidak berpola. Dia turut mempertikaikan kualiti studio rakaman di Indonesia yang dianggap sangat teruk
“Saya berada di sebuah negara yang bercelaru. Saya merakamkan sebuah lagu itu di sebuah studio yang kecil. Mereka tidak tahu apa yang mereka lakukan,” kata Bieber dalam temu ramah itu
Pengurusnya Scott “Scooter” Braun mengesahkan negara yang dimaksudkan Bieber adalah Indonesia
Menurut Syahrini kenyataan itu tidak beretika. Bukankah Justin mempunyai peminat yang ramai di sini. Apakah dia tidak menghargai perasaan masyarakat Indonesia?” petikan di laman web detikHOT- Sumber

No comments: