Thursday, April 26, 2012

Gambar Lelaki Mencium Zarina Anjoulie Tersebar

KUALA LUMPUR – Laman sosial Twitter tempatan semalam tiba-tiba kecoh dengan sekeping gambar yang menyaksikan artis yang tidak pernah lekang dengan kontroversi, Zarina Anjoulie Lavocah dicium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.


Menurut laman web hiburan terkenal, murai.com, gambar Zarina itu mula tersebar di Twitter sejak pagi semalam sebelum disebarkan lebih meluas di laman sosial internet lain seperti Facebook dan blog. Gambar tersebut menyaksikan lelaki tersebut memegang bahagian rahang Zarina dan seolah-olah mencium aktres seksi itu di bahagian pipi. Manakala Zarina pula dilihat seolah-olah cuba mengelak ciuman tersebut dalam keadaan ‘paksa rela’.

Bagaimanapun, identiti lelaki tersebut masih gagal dikenal pasti memandangkan wajahnya yang tidak menghadap kamera ketika gambar tersebut dirakamkan. Selain itu, murai.com turut menjelaskan bahawa pihaknya gagal menghubungi Zarina untuk meminta penjelasan mengenai gambar tersebut memandangkan telefon bimbitnya ditutup.

Zarina yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat, bagi menamatkan kontroversi yang sering melanda kehidupannya sebagai seorang artis. Dia juga baru saja reda ‘berperang’ dengan seorang lagi pelakon drama yang dikatakan miripnya, Lufya, dengan menyindir artis baru itu ungkapan memalukan – ‘ketiak basah’. Sebelum ini, Zarina juga mencetus kontroversi apabila muncul seksi terlampau ketika menghiasi kulit majalah dari Indonesia, FHM, sehingga menjemput kritikan pedas dari ramai peminat industri hiburan tanahair.

Bermula dengan identiti seksi, Zarina pertama kali mencetus kontroversi apabila beberapa keping gambar bogel yang dikaitkan dengan dirinya bersama teman lelaki tersebar di internet di awal pembabitan sebagai pelakon drama bersiri, Anak Pontianak.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk