Sunday, April 22, 2012

Video Remaja Dirogol Gemparkan Penduduk


Afrika Selatan – Video seorang remaja yang mengalami masalah mental dirogol dan dirakamkan di dalam telefon bimbit, dan disiarkan di internet sejak minggu lalu telah mengejutkan penduduk di negara berkenaan.

Gadis berusia 17 tahun itu dilaporkan hilang pada 21 Mac lalu dan disyaki diculik sebelum dijadikan hamba seks oleh penculiknya. Rakaman dia dirogol pada mulanya hanya tersebar di kalangan pelajar sekolah di Soweto sahaja, namun video itu kemudian tersebar di seluruh negara.

 Seorang wanita yang prihatin kemudiannya membuat laporan kepada polis mengenai kejadian itu selepas membaca berita mengenai rogol berkenaan yang disiarkan akhbar tabloid tempatan, The Daily Sun. Berikutan itu, polis telah melancarkan gerakan mencari gadis berkenaan dan lapan orang telah ditangkap. Suspek berusia dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun manakala seorang lagi adalah lelaki berusia 37 tahun.

Dalam pada itu, ibu gadis berkenaan, berkata, anaknya itu pertama kali dirogol oleh seorang lelaki Zimbabwei pada 2009 selepas dia berjaya memujuk gadis berkenaan ke hutan dan menjanjikannya ganjaran buah epal. Kes itu dibawa ke mahkamah namun ia kemudiannya digugurkan kerana tidak cukup bukti. Pada 2010, dia sekali lagi dirogol.

Namun jiran-jiran sekampung menyalahkan wanita berkenaan kerana mengabaikan anak gadisnya sehingga remaja itu pernah lari dari rumah sebelum ini. Selepas laporan mengenai gadis itu disiarkan oleh akhbar, polis telah menempatkan remaja itu di pusat pemulihan di mana dia boleh belajar di sekolah dan bergaul dalam persekitaran yang selamat.

No comments: