Thursday, April 26, 2012

Kerajaan Akan Naikkan Harga Rokok RM 250 Sekotak

 

Wohaa..., biar betul beb?? Kerajaan akan naikkan harga sekotak rokok kepada RM 250?? Confirm ramai yang akan berhenti merokok lepas ni termasuk lah gua.. Bukan saja takat berhenti rokok beb.., blog pun boleh tutup kalau dah tak dapat hisap rokok semasa menulis..

Mati kering takdak idea bro... Tapi.., nasib baiklah bukan kerajaan Malaysia yang nak naikkan harga rokok tu.., kerajaan New Zealand rupanya.. So bolehlah pakat ramai-ramai beli rokok lagi tumpang harga nya masiih murah disini..

Nanti kalau naik sampai RM250 sekotak tu.., baru lah ramai-ramai kita berhenti yee.. Berita agensi melaporkan.., Pegawai Kementerian Kesihatan New Zealand mengkaji kemungkinan menaikkan harga rokok kepada NZ$100 (RM250) sebungkus, sebagai usaha untuk menghentikan sama sekali tabiat merokok. Satu dokumen sulit mendedahkan beberapa senario kenaikan harga secara drastik yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu.

Satu cadangan menunjukkan, walaupun rokok dinaikkan sebanyak RM120 sebungkus menjelang 2025, bersama-sama cukai yang lain, matlamat itu tidak akan dicapai. Tetapi, sekiranya harga itu dinaikkan sehingga RM250 menjelang 2020 bersama-sama dengan kenaikan cukai lain, dasar itu akan berjaya. Ramalan itu terkandung dalam laporan sulit yang didedahkan kepada stesen televisyen 3 News di bawah Akta Maklumat Rasmi.

Meskipun pegawai mengaku kenaikan sebanyak itu tidak realistik, pakar percaya cukai menjadi jalan terbaik menangani isu berkenaan. Profesor Richard Edwards dari Jabatan Kesihatan Awam, Universiti Otago berkata: “Cukai adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan tabiat merokok dan menggalakkan perokok berhenti merokok. “Sungguh menarik kerajaan menjadikannya satu matlamat. Ia menjadikannya kerajaan pertama di dunia berbuat demikian.”- Sumber

No comments: