Sunday, April 22, 2012

Bantah Lynas!! 100 Orang Berhimpun Dipintu Masuk Kilang Lynas



Seramai hampir 100 orang dari kumpulan Stop Lynas Coalitation (SLC), Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (BADAR) dan Himpunan 3.0, telah berhimpun di pintu masuk kilang Lynas di Gebeng baru-baru ini. Mereka melakukan protes aman dengan mengambil kesempatan ketibaan rombongan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) beserta sekumpulan wartawan asing dan dari Kuala Lumpur, datang memasuki kilang tersebut pada pukul 2.30 petang.


Beberapa anggota polis juga turut berada dilokasi bagi mengawasi keadaan serta beberapa kali menasihat supaya tidak berdiri ditengah jalan yang mungkin membahaya keselamatan. Sekumpulan wartawan tempatan merungut kerana tidak dibenarkan masuk menghadiri sidang media yang diadakan. Adalah dipercayai sidang media yang dibuat oleh AELB itu adalah pertama kali diadakan diluar kawasan mereka.

Kumpulan yang melakukan protes aman terbabit juga membawa tiga buah keranda sebagai simbolik mangsa radioaktif Lynas. Mereka juga ingin menyampaikan sejambak bunga kepada wakil Lynas tetapi tiada sambutan. Dalam cuaca yang panas terik, mereka bersurai sekitar jam tiga petang itu.

No comments: