Tuesday, May 1, 2012

Anjing Terkecil Di Dunia



Seekor anak anjing betina yang diberi nama penyanyi terkenal, Beyoncemungkin yang paling terkecil di dunia. Anjing ini bersaiz seperti seekor hamster yang kecil. Beberapa penyelidik haiwan di California Utara menyatakan anjing tersebut terlalu kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas sebatang sudu. Semasa berumur dua minggu, haiwan itu mempunyai saiz sebesar sekeping kad perniagaan.
Yayasan Grace menyatakan pihak agensi kawalan haiwan menjaga ibu Beyonce. Ibu haiwan itu melahirkan lima anak anjing termasuk Beyonce pada 8 Mac lalu. Semasa dilahirkan, degupan jantung anak anjing itu tidak kedengaran.Pakar-pakar haiwan terpaksa menekan dada dan melakukan pernafasan dari mulut ke mulut untuk menghidupkan anak anjing tersebut.

Pihak yayasan itu telah membuat permohonan kepada Guinness World Records untuk disenaraikan sebagai anjing terkecil di dunia.

No comments: