Wednesday, May 2, 2012

Pentas Utama Kuantan Parade Hangus Terbakar



KUANTAN - Pengunjung ke kompleks membeli-belah Kuantan Parade di sini berpusu-pusu keluar selepas sebuah pentas utama di tingkat bawah kompleks itu terbakar hari ini.


Ketua Operasi Bomba Dan Penyelamat Balai Kuantan Saijidin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran berkenaan pada pukul 6.12 petang.

Katanya, dua jentera dengan 11 anggota bergegas ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 6.25 petang.

Menurut beliau tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Saijidin berkata punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Tinjauan mendapati sehingga pukul 7.30 malam ini kompleks itu masih ditutup kepada orang ramai. - Bernama 

Sumber

No comments: