Tuesday, April 3, 2012

Akibat Merogol Remaja 15 Tahun Dihukum

KOTA BHARU - Angkara menodai teman wanita yang berusia 15 tahun, seorang pembaik penghawa dingin dijatuhi hukuman enam tahun penjara dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.


 Hukuman terhadap Tengku Syukri Tuan Ismail, 25, diputuskan Hakim Irwan Suainbon mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Tertuduh didapati bersalah merogol mangsa yang juga teman wanitanya berusia 15 tahun tujuh bulan itu di sebuah rumah di Kampung Teluk Bayu, Belahat, Jeli, antara jam 8.15 dan 9.15 malam pada 17 Oktober 2009.

 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azahari sementara tertuduh diwakili peguam bela, Ahmad Ridzuan Awang. Irwan dalam keputusan di akhir kes pembelaan itu berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan dalam pembelaannya manakala pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Sejurus itu, Ahmad Ridzuan memohon hukuman ditangguh bagi anak guamnya mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

 Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nor Hamizah Ghazali yang mewakili Asmah, bagaimanapun membantah permohonan itu. Irwan membenarkannya dengan syarat tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis Jeli setiap bulan sehingga prosiding rayuan tersebut selesai.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk