Tuesday, April 3, 2012

Kereta Polis Terbabas Anggota Nyaris Maut


LEDANG – Seorang anggota polis nyaris maut apabila kereta peronda yang dipandunya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 19.5 Jalan Segamat-Muar dekat sini, semalam.

 Dalam kejadian kira-kira jam 1.16 petang, kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di tepi jalan.

 Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris berkata, mangsa, Koperal Sidi Ahmad Dollah, 51, mengalami kecederaan dan patah kaki kanan.

 Menurutnya, mangsa merupakan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, Terengganu memandu kenderaan tersebut bersendirian.

 “Mangsa dalam perjalanan dari Terengganu ke Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bakri. 

“Mungkin mangsa kepenatan menyebabkan dia gagal mengawal kenderaan yang dipandunya itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil. “Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- Sinar

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk