Monday, April 9, 2012

18SG!! Video Cara Polis Wanita Selesaikan Kes Tawanan


Video mengisahkan peristiwa melibatkan suspek iaitu seorang lelaki dan mangsanya(tebusan) seorang wanita di sebuah pasara raya. Pelbagai cara telah digunakan untuk memujuk suspek agar melepaskan tebusannya, namun tidak diendahkan.

Seorang pegawai polis wanita dari unit khas polis republik itu dihantar untuk memujuk lelaki tersebut. Pegawai itu hanya berpakaian biasa (tidak beruniform) tetapi ada menyelitkan sepucuk pistol automatik di pinggangnya. 

Memandangkan lelaki itu terus berdegil dan keselamatan nyawa tebusan pula makin terancam, pegawai polis wanita berkenaan mengambil keputusan berani mati dengan menyerbu ke arah lelaki tersebut semasa lelaki tersebut hilang tumpuan dan melepaskan empat das tembakan tepat ke arah muka suspek.

 Akhirnya tidak sampai tiga saat, suspek mati serta-merta. Mangsa pula berjaya dibebaskan tanpa mengalami sebarang kecederaan.


No comments: