Thursday, April 19, 2012

Apex Dedah Rahsia Kejayaan Minyak Wangi Simply Siti

KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2012: Hanya ucapan syukur terpancul di mulut penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, tatkala mendapat tahu minyak wangi jenama Simply Siti laris di pasaran.


 Bagaimanapun, jejaka tampan ini menolak dakwaan bahawa dia sebagai pelaris produk berkenaan. Malah, dia lebih menyifatkan produk berkenaan iaitu wangian Pure yang meletakkan dirinya sebagai model sememang bagus dan mempunyai bau yang sangat wangi.

 "Terima kasih kepada mereka yang menganggap saya sebagai penyebab produk itu laris. Bagaimanapun, saya rasa ia bukan tertakluk kepada saya saja. Ia adalah kejayaan semua. Produk ini sewajarnya mendapat sambutan bagus kerana ia sememangnya sangat wangi. Saya suka baunya. "Pertama kali menghidunya, saya sudah terpikat. Apa sekalipun, titik tolak kejayaan produk ini terletak pada empunya produk itu sendiri iaitu Datuk Siti Nurhaliza.

Sesungguhnya, selepas mengenali beliau, saya merasakan dia layak mendapat apa yang dia ada selama ini. "Malah, wangian yang diilhamkannya itu sangat sesuai dengan selera wanita tempatan. Jadi, sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Siti kerana produk ini bagaikan pisang goreng panas. Apa yang penting, saya terharu oleh sebab Datuk Siti memandang saya dan mahu menyunting saya sebagai model yang sesuai untuk memperagakan jenama ini," katanya.

 Dalam pada itu, Apex yang berada di Terengganu untuk bersiap sedia dengan perlawanan Liga Super memberitahu, kejayaan sebenar produk ini adalah hasil kerjasama murni antara Datuk Siti, model dan pihak pengurusan. "Sungguhpun saya hanya bekerjasama dengan Siti dalam masa yang singkat, tetapi saya nampak tahap profesional Siti dalam menghasilkan sesuatu produk. Saya pun merasakan, kempen yang digunakan untuk wangian ini sangat bagus.

Saya seronok bekerja dengan beliau. "Sejujurnya, saya tidak merasakan Siti menggunakan saya untuk melariskan produk berkenaan. Malah, sepatutnya persoalan mempergunakan tidak wujud kerana masyarakat sedia umum pencapaian Datuk Siti. "Apatah lagi, saya tidak nampak pun dia menggunakan kisah saya dan Leuniey untuk wangian ini agar mendapat lebih perhatian.

 "Saya juga merasakan, tenaga kerja yang digunakan Siti dan pihak pengurusan Simply Siti bersama model-model yang membuatkan wangian ini laris. Ini membuktikan pasukan Siti berjaya. Ini projek perniagaan dan ia juga asam garam hidup seorang usahawan.

 "Saya juga dapat belajar sesuatu yang baru dengan hasil kerjasama ini. Seseorang pemimpin tidak akan berjaya tanpa ada kerjasama dari anak buah," jelasnya. Sementara itu, Apex menegaskan dia tidak boleh menepis pendapat orang terhadap penglibatannya dalam kempen wangian itu.

"Setahu Apex, dia hanya menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh Siti terhadapnya sebagai seorang model. "Dia turut mengakui akan berkerjasama dengan Siti lagi andaikata ada ruang dan masa yang sesuai.- Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk