Friday, April 20, 2012

Marsha Londoh Mula Bertudung Dan Belajar Solat...



Nampak ayu banget bila Marsha bertudung macam ni.. Dan khabarnya Marsha juga belajar untuk bersolat selain dari belajar memakai tudung yang betul...

 Bagi gua, ini semua satu perkembangan yang positif walaupun sebenarnya ia sekadar memenuhi kehendak skrip lakonan.. Marsha sebenarnya bertudung dan belajar solat bagi menjayakan sebuah filem terbarunya.. Filem Qada’ yang menelan belanja lebih RM500,000 tanpa kos promosi ini membariskan pelakon seperti Marsha Londoh, Sharifah Sakinah dan Amar Ashyraf yang ketiga tiga mereka merupakan teraju utama. Untuk penggambaran filem Qada, apa yang boleh Marsha katakan ialah watak yang diberikan kepadanye memang sangat mencabar.


 Dalam filem tersebut, Marsha memegang watak sebagai seorang gadis mualaf yang telah berkahwin secara paksa dengan seorang lelaki. "Sebelum ini saya pernah juga membawa watak sebagai gadis beragama Islam, cuma dalam filem ini saya perlu tampil dengan gaya muslimah dan perlu memahami tentang solat lima waktu yang menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.." komen Marsha mengenai wataknya dalam filem ni.. Apapun.., gua setuju watak macam ni diberikan kepada artis yang bukan beragama Islam.. Moga-moga ada yang terbuka hati dan memeluk Islam nanti...Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk