Saturday, April 21, 2012

Kemalangan Pertama Proton Preve!

Berikut adalah gambar Proton Prevé kemalangan yang pertama di jalan raya. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang.


Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung. Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender.

Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat.

 Diharap tidak timbul spekulasi yang bukan-bukan pasal Proton Preve nie. Tapi dari yang abgteror perhatikan dari showroom, boleh la test tgk tepi fender ngan ketiadaan cover body dan juga rubber protection dekat bonet. Anda nilai sendiri ok!

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk