Monday, April 2, 2012

Duda 83 Tahun Kahwini Dara 61 Tahun


TELUK INTAN: Akhirnya pada usia 61 tahun, Aminah Alias menamatkan zaman anak daranya semalam, selepas selamat diijabkabulkan dengan duda beranak enam serta mempunyai 40 cucu dan 13 cicit.

 Pesara Pembantu Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) sejak empat tahun lalu itu kini bukan saja bergelar isteri, malah ibu, nenek dan moyang ‘segera’, sesuatu yang tidak pernah dijangka olehnya, namun bersyukur kerana hatinya terbuka untuk menerima Shahrin Dais, 83, sebagai suami.

 Aminah berkata, masih sukar untuknya menerima kenyataan sebagai isteri pada usia warga emas sekarang, namun percaya jodohnya sudah ditetapkan bersama Shahrin. Dia mengakui mempunyai ramai kawan lelaki ketika muda, namun sikap anti lelaki yang menebal menyebabkan hatinya tidak terbuka untuk berkahwin. “Saya pernah menolak beberapa pinangan ketika muda kerana hati tertutup dan belum mahu berumah tangga. 

“Namun, selepas bertemu dengannya (Shahrin), saya terus bersetuju untuk menjadi isterinya. Mungkin inilah jodoh,” katanya yang ditemui pada majlis perkahwinannya, semalam. Sementara itu, Shahrin berkata, dia juga tidak menyangka pertemuan kali pertama dengan Aminah di sebuah warung kopi di Kampung Balun, Slim River pertengahan Februari lalu, membawa kepada perkahwinan. Menurutnya, ketika pertemuan kali pertama itu dia terus jatuh hati kepada Aminah sebelum sepakat membuat keputusan mendirikan rumah tangga awal bulan lalu.- Sumber

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk