Tuesday, April 17, 2012

Gambar Kapal 5 KaliGanda Besar Dari Titanic








Kapal pesiar terbesar abad ini, The Oasis of the Seas, 5 kali lebih besar berbanding Titanic, memulakan pelayaran dari Denmark pada 2009 menuju ke Florida, AS. "Hotel" mewah terapung ini mempunyai 2 700 bilik dan boleh menampung 6 300 penumpang ditambah 2 100 awaknya.Kapal milik Royal Caribbean Internasional ini dibina oleh STX Finland dengan kos 1.5 bilion dollar AS.


Kapal ini mempunyai 7 ruangan awam, seperti sebuah taman di kompleks perumahan dengan kemudahan seperti gelanggang ais, padang golf kecil, dan satu teater luar dengan lebih daripada 750 kerusi yang boleh berubah fungsi menjadi kolam renang pada siang hari dan pada malam hari boleh menjadi teater terbuka menghadap ke lautan lepas yang mampu menampung 1 300 orang.


Kapal 16 tingkat ini juga mempunyai kolam renang terbesar di dunia dan kerana saiz besarnya, kapal ini digelar The Floating City atau Bandar Terapung.


No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk