Saturday, April 7, 2012

Video Dan Gambar Jet Pejuang Amerika Rempuh Apartment






VIRGINIA BEACH - Tujuh orang termasuk dua juruterbang dari Naval Air Station Oceana, Amerika Syarikat (AS) cedera dalam nahas jet pejuang F/A-18 Hornet menjunam di kawasan apartmen di sini sebaik ia berlepas, semalam. Jet dua tempat duduk itu dilaporkan mengalami masalah teknikal. Lima daripada tujuh yang cedera merupakan mereka yang berada di lokasi kejadian.

 Kedua-dua juruterbang berjaya menekan butang kecemasan untuk keluar dari pesawat sebelum ia merempuh apartmen dan hanya mengalami cedera ringan. Menurut jurucakap Jabatan Bomba Virginia Beach, Kapten Tim Riley, kejadian yang membabitkan kira-kira 40 unit apartmen telah rosak atau musnah kerana disambar api. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

 Mangsa nahas telah dibawa ke hospital untuk rawatan pesakit luar. Sementara itu, menurut penduduk tempatan, ketika kejadian, mereka terdengar satu letupan kuat dan ternampak api berwarna merah dan jingga. "Oh, saya mendengar tiga letupan benar-benar kuat dan asap hitam naik tinggi di langit," kata seorang warga emas, 71, Felissa Ezell, yang tinggal berhampiran lokasi kemalangan.

 Dalam situasi cemas itu, dua lelaki berjaya membantu salah satu juruterbang yang berlumuran dan operasi mencari mangsa lain diteruskan sehingga lewat petang. Pegawai Pemerintah Tentera AS, Kapten Mark Weisgerber berkata, sebelum berlepas, bahan api telah dikeluarkan daripada pesawat berkenaan dan kemalangan mungkin disebabkan oleh kegagalan juruterbang.

 "Kami menganggap diri kami sangat bernasib baik," katanya. Namun katanya, penyiasat akan memastikan apa yang berlaku kerana jet jatuh kurang 10 kilometer dari Oceania.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk