Tuesday, April 10, 2012

Gempar!! Ulat Dijumpai Dalam Cokelat


Ish geli pulak rasa nak makan cokelat lepas ni... nasib baik la jenama cokelat tu dikaburkan ..kalau x...sampai bila-bila pun gua x akan ban cokelat jenama tu...:P..

ALOR SETAR - Geli lagi meloyakan. Itulah yang dihadapai tiga beranak apabila hasrat untuk menikmati coklat yang baru dibeli dari sebuah pasar raya di sini terbantut ketika beberapa ulat keluar dari kepingannya.

Ahmad Pouzi, 55, bersama isteri dan anaknya mula menyedari keadaan coklat itu apabila membuka lapisan pembungkus coklat ketika berada dalam kereta selepas selesai membeli barangan keperluan harian kira-kira jam 10.50 pagi, semalam.

 “Entah kenapa tiba-tiba timbul perasaan ingin mencuba coklat ini, mungkin kerana keluaran tempatan dan ­diedarkan ke luar negara seperti United Kingdom, Hong Kong serta Singapura sedangkan saya sendiri tidak pernah membelinya ­sebelum ini.

 “Sebagai langkah berwaspada ­setiap kali membeli, saya membaca dulu label kandungan coklat, tarikh halal dan yang pastinya tarikh luput coklat itu pada 16 Januari tahun depan,” katanya. Menurut Ahmad, isterinya sempat memakan sedikit coklat berkenaan kerana belum menyedari kewujudan ulat yang ada pada bahagian bawahnya sebelum berkongsi bersama.

 “Namun, sewaktu saya ingin mematahkan kepingan coklat seterusnya, saya perasan seekor ulat jatuh ke ­tempat ­duduk sebelum membuat ­keputusan memeriksa keseluruhan coklat dan menemui tiga ekor ulat. “Walaupun sebelum ini pernah ­mendengar kejadian serupa berlaku pada orang lain, namun tak sangka kali ini kami pula terkena,” katanya

No comments: