BUKIT MERTAJAM – Seorang anggota polis berpangkat konstabel maut selepas kepalanya hancur digilis lori dalam kemalangan dekat Permatang Tinggi, jam 8.45 malam kelmarin.
Mangsa, Nan Ruazlan Zulkefle, 23, dari Balai Polis Machang Bubok sebelum itu membuat rondaan bersama seorang lagi rakan setugas, tetapi mereka menunggang motosikal berasingan.
Ketika menghampiri pondok polis Permatang Tinggi, mangsa cuba memintas Proton Saga untuk diperiksa, selepas mendapati kereta itu mencurigakan.
Tetapi, usaha itu gagal apabila pemandu kereta memecut laju dan bergesel dengan motosikal mangsa serta melanggar pembahagi jalan. Lalu mangsa terjatuh di atas jalan.
Malang tidak berbau apabila sebuah lori menggilis kepala mangsa hingga otaknya bersepai dan mengenai sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.
Mangsa yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat.
Sementara itu, suasana sedih menyelubungi pekarangan bilik mayat Hospital Bukit Mertajam (HBM) dengan kehadiran rakan setugas dan pegawai polis.
Turut hadir, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Ab Lah dan Ketua Trafik/Ketenteraman Awam SPT, Asisten Superintendan S Manogaran.
Ayub berkata, kedua-dua pemandu Proton Saga dan lori melarikan diri sejurus kejadian dan pihaknya giat menjejaki kedua-dua mereka.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Balai Trafik IPD SPT, Inspektor Azwan Kamaruddin 04-5301977.
Sementara itu teman wanita Nan Ruazlan, Siti Junaida Mohd Hasnan, 20, berkata, mereka merancang untuk bertunang 27 Mei ini.
Katanya, impian hidup bersama musnah selepas arwah yang dikenali sejak enam bulan pergi buat selamanya.
“Saya tidak sangka dia pergi begitu cepat kerana kami baru bertemu tidak sampai satu jam sebelum kemalangan.
No comments:
Post a Comment