Tuesday, April 10, 2012

Mahal!! Beg Tangan Rosmah Beharga 60k

KUALA LUMPUR, 10 April: Kegilaan kepada bag berjenama mahal yang telah menjalar dari pemimpin dunia ke isteri pemimpin negara, menjadi tarikan terbaru dalam facebook. Sekarang ini tersebar gambar isteri Perdana Menteri yang ke sana ke sini dengan bag berjenama mahal.



 Dilaporkan bag itu berjenama Birkin dan dijual dengan harga antara RM60,000 hingga RM80,000 sebuah. Ia juga menarik minat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Beliau beranggapan ini tidak wajar menjadi amalan pemimpin atau keluarga pemimpin.

 Bagi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau tidak kesah sangat dengan pakaian dan gaya rambut isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana tidak mahu menyerang peribadi beliau. Tetapi kegilaannya memakai bag mahal merisaukan beliau. "Kita tidaklah perlu serang peribadi dia kerana orang ramai pun tak suka.

 "Tetapi gila suka pakai bag mahal ini kita bimbang sikit, kerana bimbang wang negara digunakan," kata beliau. Abdul Hadi berkata demikian ketika berbincang dengan editor Harakahdaily tentang hala tuju Harakahdaily dalam membantu PAS menjelang pilihan raya akan datang ini.

 Beliau memberi panduan kepada editor Harakahdaily beza antara serang peribadi yang beliau tidak benarkan dengan serang sikap yang suka bermewah-mewah oleh pemimpin negara.

No comments:

Terbaik Dari Ping Busuk